Wednesday, July 15, 2009

Bila kita Pernah Bersama..

Aku tahu ramai kekawan Mama Doyee dah becerita, teringat, mengimbas kembali zaman kami belajar dedulu. Ini bersempena Tahun yang ke 10 persahabatan kami. Cheewah! Sepatutnya aku mengimbas kembali zaman ni bulan lepas June, tapi memandangkan tugas seorang ibu mithali yang teramatlah sibuknya (tolak waktu tidur ya) maka tertangguhlah sesi mengimbas kembali ni. Lagipun blog yang satu ni selalu aje di anak tirikan. Kesian Angela tak dapat follow. Sorry yang.

Ehem.. sebelum memulakan apa-apa baiklah di selitkan dahulu dengan lagu intro ini ya.

Nurul (Ajai / Kasturi)

Cinta Yang Syahdu

Berkasih sementara
Tersiksa dalam jiwa
Sendu dalam hati
Berpisah dengan mu...( 1 )

Cinta yang tecipta oh..oh..
Berpadu dengan setia
Tanpaku menduga
Kesayuan yang melanda

Luluh hati ini
Hilang yang aku miliki
Datang bagai mimpi
Ku merelakan takdirnya Ilahi

( korus )

Kubawa diri
tabahkan hati
Dalam lalui onak duri
Ku mengharapkan
kau 'kan kembali
Kasihmu tetap bersemadi

Cintaku ini hanya padamu
Ku masih rindu bersamamu
Semadi cinta dalam hati mu
Moga kita 'kan berbahgia
Oh... uhhh...

Siapa ingat? Angkat tangan. Cerita 'nyumbuh besai? Nyumbuh mit? Memang syahdu ni. Time ni memang syahdu giler lepas tu aha... Jaga-jaga...

Kawan,

Aku tau aku penah tutup main switch komputer sorang mamat kat cabin computer kita masa kat kolej dulu. Time tu semua orang tengah pressure siapkan assigment. Time tu jugak tak ada sorang pun sesuka datang nak surf internet or what sebab time tulah semua orang tengah sibuk. Kesian mamat tu tekebil2 dia. Kenapa aku buat macam tu? Sampai sekang aku pun tak tau. Aku tiada jawapan untuk soalan itu.

Kawan,

Aku ingat lagi masa kita gi library, kita makan sembunyi2 sebab library bukan tempat makan, library tempat baca buku. Kita cuci mata tengok mamat2 asing sampai si Angela kenal dengan mamat ni yang kitai gelarkan si C***i Din. Tak tau kenapa kita bagi dia nama tu. Ke aku lupa kenapa. Aku respek kat Angela sebab dia volunter bacakan buku untuk pelajar yang kurang upaya penglihatan. Aku? Ada hati nak baca buku kat orang? Buku sendiri pun belum tentu aku baca.

Aku ingat jugak kita selalu lepak baca buku kat Siswarama (bilik tutoriol) dengan kat fact Ekonomi atas bukit nun. Situ jugakla aku kena cekup dengan pekerja Telekom sebab curi line public phone pakai syiling 10 sen dan aku bole becakap berjam-jam. Curi line dengan guna dial code tu. Aku dah lupa ok dial code dia apa sebab nya peristiwa tu dah 10 tahun lepas dan sebab ke dua aku dah ada 2 orang anak yang comel (urat beranak banyak putus sebab tu cepat lupa) Aku cakap apa ni? Alih2 mamat Telekom tu mengurat aku siap minta no tel lagi. Sedih tau masa tu aku miskin, pokai gile tengah cakap dengan bapak (yang jarang-jarang bole becakap dengan dia sebab dia mengajar kat tempat jin betendang masa tu). Aku ingat lagi aku call dia pun sebab nak minta duit! Ada lagi, kami kan kalau belajar kat fact ekonomi ni mesti beli 'jajan' untuk makan banyak2. Antara yang paling glamer kacang besalut kuning tu. Erm.. sedap tu.

Kawan,

Aku sengaja mengimbas detik2 yang tak glamer sangat yang mana aku teringat. Yang glamer2 tu aku tinggalkan untuk korang mengimbasnya. Angela & Lut ingat tolong imbaskan ia. Ingat tak yong tau foo kat perdanasiswa? Selalu kita janji makan kat situ time kelas hujung kita dah habis. Kira untuk minum petang. Heavy tak minum petang kita dulu. Memandangkan zaman tu zaman gadis remaja, metabolisme kita tinggi, tak ada plak berat badan kita belebih2. Sekarang, aku makan roti kering minum petang pun berat badan aku boleh naik 5kg. Kenapa tu?

Aku ingat lagi tiap kali hari Ahad mak cik thunder cat sengaja masak sedap nasi ayam. Sebab dia tau jarang org makan hari ahad. Kejam sungguh mak cik dewan makan tu. Aku ingat jugak dia penah tegur baju aku seksi sangat time makan kat dewan. Aku tau aku seksi meksi zaman tu tapi kau tegur aku time aku tengah berselera nak makan itu memang kejam mak cik! Tapi.. aku tau mak cik dewan makan semua stress sebab lepas kami makan tray makanan mak cik yang kena basuhkan. Macam mana nak ku balas jasamu mak cik dewan makan?

Kawan,

Aku tau korang mesti ingat lagi kegilaan kita 'mengecat kuku' dulu. Kita beli colour kuku macam-macam. Warna maroon, warna biru, warna ungu entah apa2 lagi warna. Aku ingat lagi aku dan Irene sanggup keluar duit RM15 sorang untuk beli cat kuku Maybeline yang ada promosi buy 1 get 1 free. Aku tau lecturer Siti Nor cukup menyampah tengok kuku aku. Aku lupa nama tutor sorang tu yang penah pukul tangan aku pakai pembaris sebab dia tak berkenan tengok cat kuku colour biruku. Ermm...

Tengok wayang hobi kita yang sangat tak tergambarkan. Penah hari Raya pertama kita beli tiket untuk 2 movie yang time tayangannya besambung. Sorry aku lupa movie apa, tapi aku ingat lagi kita gi Mid Valley keluar panggung A masuk panggung B. Begitulah caranya kita menghabiskan duit PTPTN kita dan selebihnya duit mak bapak kita. (Kecuali Angela yang cukup berhemah membelanjakan duit biasiswanya dan selalu jadi tempat berhutang. )

Kawan,

Kita naik bukit kat 10th college, nyanyi kat atas bukit tu sambil cuci mata. Hari tu aku drive ke UM saje nak cari angin kita yang dulu. Masih macam dulu cuma ada sedikit perubahan kat situ.

Aku dulu gi kelas naik basikal, dekat jer. Tapi aku selalu last minute sebab kelas dekat. Lebih2 lagi kalau kelas kat Dewan Kuliah tepi Fact Bahasa tu.Aku lupa dewan tu DK yang ke berapa.

Kawan,

Sekarang aku citer time kita dah keluar college, (tak nak di kongkong kunun). Sewa rumah dengan budak2 yang tak reti bahasa, kita rasa tak best. Kita pindah sewa rumah lain sorang satu bilik, bestnyer.

Kita duduk pekan lama,namapun dah PJ old town. Kita selalu makan milo shack mamat bangla tu dengan maggie goreng. Kalau duit poket kita lebih kita akan makan dekat Kavitha curry house tepi rumah kita tu or makan sea food kat kedai cina jugak tepi rumah kita tu.

Kita gi kelas naik rapid KL dari rumah kita Taman Petaling, transit guna LRT ke stesen Universiti, pastu kita naik feeder bus ke UM plak. Aku tau kita orang muda zaman tu, kita tak rasa penat pun. Kita tak penah mengadu kita penat sebab kita sentiasa bertenaga. Kalau sekarang aku disuruh melalui pejalanan begitu setiap hari, aku pecaya sakit lututku ini akan betambah parah.

Kawan,

Paling mencabar bagi aku masa belajar dulu time daftar kursus. Time ni kita kena siapkan mental dan fizikal kita. Ada certain kursus yang glamer tu memerlukan pelajar bermalam di depan pejabat pendaftar sebab nak berebut tempat kursus yang ditawarkan limited. Lut, ingat lagi tak kita macam anak ayam belari mengikut ibunya time nak mendaftar kursus major untuk fact kita. Masa tu keadaan tak terkawal, disuruh bebaris semua student dok betolak-tolak. Last2 pekerja pendaftar tu ajak kita lari ikut dia pusing fact sastera tu dan kumpul balik kat tempat sama. Aku tak faham kenapa dia buat macam tu, yang aku tau aku di antara student yang mengejar rapat pekerja pendaftar tu. Well siapa yang kenal Mama Doyee akan tau perangai dia yang terburu-buru tu.

Masa aku citer kat ex kawan sekolah aku betapa seksanya kita berebut kan course yang ditawarkan depa terlopong. Sebabnya, mereka dilayan macam anak raja time new semester start. Mereka cuma perlu pegi web site faculty depa, confirmkan apa subject yang nak di amik, selesai. Even time table pun fact dah arrangekan untuk mereka. Betuahnya mereka-mereka yang belajar di Unimas, UPM dan universiti lain yang canggih macam tu kan? Kita berebut course, tu belum lagi kelas bertindih. Penat-penat berbaris daftar kursus tengok2 tak bole ikut kelas tu sebab clash dengan kelas lain yang lagi penting. Tension sangat time tu. Belum lagi nak drop course tu satu keja lain plak.Kita kena berbaris lagi.

Aku tak faham kenapa kita tak bole buat segala benda tu online dulu. Kenapa sistem universiti Malaya teruk macam tu? Tapi bila aku fikirkan balik, aku rasa bersyukur pulak. Sebabnya sistem tu mengajar semua kita berdikari, mengajar kita manage kita punya time table. Semua nya dia layan kita ni sebagai seorang dewasa yang terpaksa menempuh semua cabaran sendiri. Semuanya sendiri-sendiri.

Kawan,

Aku ingat lagi habis tutorial dengan En Kamal, aku akan ikut jalan short cut turun anak bukit untuk ke tempat student sastera selalu lepak. Aku rasa aku sorang dengan 2, 3 orang kekawanku temasuk Lut & Irene, yang kupaksa ikut jalan tu. Bukit tu curam sikit, kalau pelajar yang control ayu memang tak leh lepas lalu ikut situ. Dr Juli penah tengok aku turun cam spider man ikut anak bukit tu. Orang tua tu geleng kepala. Sedih dia tengok perangai aku time tu kot. Jalan elok2 orang buat siap berbumbung lagi aku lebih selesa ikut jalan tu. Orang hutan nak buat macam mana?

Kawan,

Banyak lagi kenangan yang tak tertulis disini. Aku tau aku cuma mengimbas cerita didalam campus sahaja. cerita kita di luar campus aku biarkan Lut & Angela uruskan. Aku dah tua, diibaratkan ayam sabung pencen. Aku dah tak mampu mengingat kembali zaman yang teramat gemilang tu.Dan aku pecaya Angela & Lut tajam pemikirannya kuat daya ingatannya dari aku sebabnya, Lut baru anak satu , Angela tak kawin lagi jadi mereka lebih layak menceritakan zaman kami dulu-dulu.

Izinkan aku mengundur diri. Terimalah lagu terakhir ini. Kalau perasan lagu kami dulu-dulu banyak berunsur sedih walaupun kami tengah enjoy giler masa tu. Tak tau kenapa.

Kris Dayanti & Ajai

Hati Ini Telah Dilukai

( P )SemalamanTerkenangkan diri mu
Lalu airmata kuMembasahi pipi
Mengapakah kau sanggup
Meninggalkan diri ku
Sedangkan kau tahu
Perasaan ini( 1 )

( L )Kau berjanji
Akulah kekasih mu
Sanggup ku singkirkan
Semua cinta yang lalu

( L & P )Tidak ku duga
Ini akan terjadi
Kata perpisahan
Yang kau pinta( 2 )

( L & P )Biarkanlah...
Biarkan aku hidup sendirian
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah...Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai( ulang dari 1 )

4 comments:

Chris Anakapai said...

Ba kolej ni nuan diau suba dolly? aku diau ba Kinabalu, merinsa mandi ba atas atap belama.. Haha
Ni ke digagai kera UM agik..pei, bisi senapang udah d-Q aku bala kera nya...LOL

M. Missy said...

Hmm....banyak kan kenangan bodoh kita masa dulu. Bagus jugak la teringat on 10 years anniversary. Another 10 years from now another story pulak....

Zaman dalam kolej pun banyak kenangan apatah lagi kat luar kolej.

Tapi kat dalam bilik kuliah yang paling aku ingat, masa kita dua masuk kelas salah. Ingat tak? Masa tu semangat berkobar kobar nak mulakan kuliah, maklum la baru masuk...Bila dah nak habis kelas baru tahu tu rupa rupanya kelas senior! menyumpah seranah keluar dari kelas tu.

satu lagi, lepas kita pindah keluar kolej, kita susah sangat nak bangun awal pagi. So samaada selalu ponteng atau datang lambat, terutamanya kalau kelas Dr. Juli. Terbongkok bongkok masuk ikut pintu belakang. Ingat nak sembunyi la konon. Tetiba jer Dr. Duli Panggil 'ar leila, Dolly!! mari duduk depan ni!!" lebih kurang 100 orang kepala student pandang kita siut. Malu!!

Pastu ingat tak last semester kita buat assignment sekali dengan Irene and Anum. Aku ingat kita tak tido semalaman buat assignment tu. Irene dengan anum gilir gilir tukang type, aku tukang translate and dolly tukang amik fakta dalam buku. Kelas tutor 8.00 pagi esoknya, dengan pembentangan sekali. Aku rasa tak pernah student lagi minta tutor tunggu kita masuk kelas. Tapi kita buat ngan tutor cassius. Siap suruh dia pi minum kopi breakfast lagi tu! Bravo untuk Anum yang buat pembentangan dengan baik sekali. Dah la datang lambat, siap jerit kat kelas suruh orang diam lagi...dasyhat...

Anyway, aku rindu juga waktu kita lepak kat lecturer punya kelab dengan Dr. Juli tu. Ingat tak kita perabihkan semua minuman kat dalam kelab tu. Angela la tu...kita nak bagi dia mabuk. Tak jugak mabuk! Last last kita yang mabuk.

KD said...

Sedih sebenarnya bila aku imbas kembali..gembira pasai kita pernah laluinya bersama but at the same time sedih because sudah jarang dapat experience itu lagi.

Al-kisah tutup suis-muahahahahahahahahah, terguling tergolek aku ingat..kahkahkahkahkah, kesian mamat tu.

C!b@i Din - pada aku dia hensem la masa tu...oooh, and jgn lupa mamat botak tangan kiri tu.... hehehehe...

Makan Rasa Gourmet kat siswarama masa hujan ingat? yang aku tumpahkan nasi ko tu! kesian ko..biasa la aku, kan gopoh sket, tu yang aku tak leh ikut korang parttime Hotel Singgahsana tu!

Panjat pokok mempelam depan siswarama - that is the first time aku panjat pokok luar drpd kampung aku ok!!!!

Naik berat badan-aku memang naik cepat pun, especially tang makan supper! huh, dahsyat jugak dulu kita makan tiap2 malam kan!

Wayang masa raya - citer Scenario..kan? aku rasa la.. satu lagi tu tak ingat. Adn citer yg korang tgk yg korang ckp citer paling bodoh tahun tu..apa yek? apa fish fish tu...hahhahha, nasib baik aku tak ikut!

Hutang Yayasan Kedah aku dah langsai, yeay!!!! - sikit jer aku dapat dulu banding ngan korang punya PTPTN. Tu yg masa dulu korang shopping aku tgk air liuq meleleh jer, and nasib baik la jugak baju2 tak dak saiz aku, buntut lebaq....!!!!!!!!!!
Tapi hutang lain keliling pinggang lagi - sedih!

ingat aku suka selit nota cinta kat basikal ko tu? mesti ingat mamat mana bg kat engko dok? hehhe, oh, apa nama budak hensem kawan Gaban yg ko suka gila babi masa baru masuk UM dulu tu?? hahaha, cinta gila bayang siut!

satu lagi aku ingat - Kanut, Gaban and Raymond naik moto bawa kita pi kerja kat mid valley. Selalunya Kanut yg bawa aku, masa balik tu kena naik bukit sket kat belakang Jln Gasing tu, setiap kali tu la aku kena turun dari motor masa naik bukit tu, takut jatuh!!! hehehehe

Aku lah org paling malas nak rebut course - last2 masuklah apa yang ada - Biologi Tumbuhan..kuang kuang kuang, tapi dapat result ok. Semua kelas tambahan aku (yg bukan core subjek) semua ok. Kelas Dr Juli tu la yg membuatkan aku dapat bekenalan ngan Dr Juli and dapat minum pree dok!

Byk lagi citer...walau apa pun ceritanya kita masih kawan sekarang..itu yg penting!

Tgk lagu2 ko tu, nak jugak nyanyi, karaoke jom! :-)

Mama Doyee said...

Christ- 7th colloge kami suba. Dek batch erapa ba UM?

Lut & Angela- he..he.. aku terimbas kembali.

Lut- yang salin nota tu aku ingat lagi senior tu nak tiru note aku aku cakap kau amikla terus note ni. Yela dah bukan subjek aku.

Angela- kenapa aku tak tau kau selalu turun naik bukit gassing tu? Sekarang aru aku nak tegelak. Kah!Kah!kah! Aku ingat lagi aku tumpang kanut tak pakai helmet gi old town bole tak. Sekali lagi kah!kah!kah!