Friday, August 1, 2008

Happy Birthday 'AQIF QAISAR FITRI'

Akhirnya Mama Doyee berjaya jugak meng 'upload' gambar bersejarah ni. Maklumlah dah lama tak jenguk blog ni.

Baby Aqif selamat dilahirkan pada 11 July 2008. Alhamdullilah semuanya selamat, malah kali ni proses kelahiran lagi cepat dan Mama Doyee tak lama sangat menahan sakit. Mungkin sebab 2nd baby dan betul jangkaan Dr dia risau Mama Doyee tak 'dan' nak sampai hospital sebab tu dia cadangkan Mama Doyee di 'induce' pada 10/7/08.

Pada 9/7/08 dapat call daripada Klinik Datuk Dr Aziz pembantu Dr cakap kena change the date of delivery kepada 11/7/08 sebab Dr ada Urgent Case pada 10/7/08.

Sebenarnya pada 9/7/08 Mama Doyee dah dapat 'False Alarm' rasa sikit sakit dan ada keluar tanda tapi bukan darah. Tengah malam buta Mama & Papa pegi hospital. Nurse cakap belum lagi. Mungkin sebab Mama Doyee nervous kot dipaksa besalin dan siang harinya sempat teman parent Mama Doyee shopping kat Sogo. Boleh tak?...

Memang pun kalau ikut due Mama Doyee pada 20 July 2008. Tapi Dr suggest untuk induce Mama Doyee awal sebab pada 4/7/08 masa buat check up pintu rahim dah terbuka 2cm. Tapi Mama Doyee tak rasa sakit pun.

Dr cakap, sebaiknya Mama Doyee melahirkan awal sebb baby pun dah ready (matang sepenuhnya) dan dengan situasi Mama Doyee yang bersalin cepat (merujuk kepada case kakak sebelumnya. Even first baby Mama Doyee sakit bersalin dalam sejam sahaja).

Dr juga cakap rumah yang jauh jugak factornya. Risau jugak ye bersalin dalam kereta. Mau masa jalan tengah jam, eii seriau jugak di buatnya. Papa dah ready awal-awal baca tip macam mana nak handle situation kalau wife bersalin dalam kereta or rumah. Boleh tak?

Sebenarnya Mama Doyee tak confident sangat dengan cadangan Dr pada mulanya. Yelah gila apa tak ada rasa nak bersalin, baby tak sedia nak keluar dah paksa dia keluar. Mama Doyee bertanya merata2 klinik tepi rumah pun Mama Doyee pegi tanya. Ramai yang cakap ok, dan ramai yang cakap boleh jer.

Tapi ada juga kesannya. Kalau baby stress tak mau keluar maka kena c-section. Eii.. tu yang tak sanggup tu. Mama Doyee ni penakut.Maunya meraung kat operation room tu. Takut sangat. Siap pesan Dr awal2 seandainya ditakdirnya baby tak dapat keluar normal, Mama minta kat Dr untuk dibius tanpa sedar. Tak mau separuh2. Tak sanggup you. Tengok gunting dia, pisau dia, lampu dia, (pengaruh TV la ni).

Selebihnya biarlah gambar bercerita. Minta maaf si blogger amatur ni tak reti susun gambau ha. Tengok dari bawah ke atas ye . Terima kasih.



Kakak Happy dapat adik baru. Alhamdulliah dia tak jealous sangat. Tapi ada angin dia jugak.

Inilah dia 'baby hensem Mama Doyee'. Aqif Qaisar Fitri namanya. Fitri tu saje papa dia letak. Nanti boleh letak nama glamer 'Ahfit Jr' katanya. Mana-mana la papa.


First bonding with adik. Lahir2 jer nurse suruh adik breast feed. Gleneagle Hospital menggalakan penyusuan ibu. Kalau baby terpaksa dihantar ke nursery, sampai waktu untuk feeding baby akan di hantar ke mamanya untuk breast feed. Mama Doyee menyokong penuh kempen ni. Kakak Aqila bercerai susu masa umur 2 tahun. Itupun dipaksa. Kesian kakak.


Adik menangis kuat. Kesian dia. Tengok sekitar terang jer kot. Ingat senang nak adapt dari alam yang sempit dan gelap kepada dunia yang luas dan terang. Inilah dia anugerah Tuhan.



Datuk Dr Aziz: Eh esuk masuk paper ke ni. Sakan je amik gambar.
Papa: He..he.. (Papa pakai segala skill dia amik gambar. Kononnya la. Dengan Camera Canon EOS 40D dia dan eksesori pelbagai sakanlah . Sampai tak ingat bini tengah sakit.)
Tau Dr tengah buat apa tu? Tengah jahit luka episiotomi Mama Doyee. Boleh tak? Kekadang hairan dengan Dr ni semua Dr lah macam ni. Kita separuh mati rasanya mereka masih boleh cool dan muka macam tak ada perasan. Yelah kalau aku jerit, Dr pun jerit lain lah jadinya. Ye tak. Apalah Mama Doyee mengarut ni. Tenguk tu masih boleh senyum lagi. Bagi kekawan yang ready untuk ada baby or tengah cari mana Dr yang bagus, Mama Doyee suggest Dr Aziz. Bagi Mama Doyee he is the best. (Mati aku promote Dr kat my blog. Jangan salah sangka ye, tak ada share pun dengan Dr ni.) But, it is true, dia memang Dr yang baik.


Nurse tengah bersihkan adik. Adik jerit kuat sangat. Tapi itu petanda yang bagus.




Tadaa... Ada sensor ya. Abaikan Aqif punya tuttt... tu. Takkan tu pun nak komen jugak ke? Sekejap jer dah keluar. Senang sangat bersalinkan adik ni. Dr induce pukul 7.30 pagi, Mama Doyee start heavy contraction dalam pukul 9.30 am dan adik lahir pukul 10.13am. Cepatkan. Sebab tu Dr cakap Mama Doyee ni express. Nasib baik ikut cakap Dr. Kalau tak, sah Mama Doyee kalau tak beranak dalam kereta, dalam jamban kot.




Tengah sakit ni. Jangan memain. Mama Doyee amik gas entonok dan suntikan Pethidine untuk legakan sakit. Tapi untuk makluman puan-puan sakitnya still terasa. Cuma membantu untuk relief rasa sakit tu sekejap jer. Amik gas ni buat Mama Doyee mengantuk . Saborla...






Jam kat atas pukul 9.10am. Tengah menahan sakit. Kesian Mama.




Dr start induce pukul 7.30 am.

Nurse: U tau tak, patient kat sebelah tu dah buka 9cm tapi tak beranak lagi. Dia amik epidural.
Mama: Sebab tu lah i tak mau ambil. Macam mana nak keluar dah kita tak rasa sakit.
Nurse: Eii.. i takut tau kena c-section. I tengok pun dah tau mesti sakit.
Mama: U jangan takutkan i. U tau tak i ni kena paksa beranak. Stress baby i ni nanti tak boleh keluar i pun kena ceaser . I pun takut tau.
Nurse: He..he...
Kebetulan nurse yang banyak membantu Mama Doyee ni tengah mengandung 7 bulan 2nd baby jugak. Kesian jugak tengok dia, dalam sarat macam tu kena tergopoh-gopoh bantu Dr.


Awal pagi Mama Doyee dan Papa dah sampai hospital. Appoinment dengan Dr pukul 7.00 am. Dr sampai pukul 7.30am.

Dr: Nak ambil epidural tak?

Mama Doyee: Tak nak Dr. Dulu pun tak ambil. Saya plan untuk ambil gas and suntikan tahan sakit je.

Dr: Ok