Saturday, March 27, 2010

Di Antara Ucapan Terima Kasih DanThank You (Di dalam konteks Masyarakat Iban)

Terpanggil untuk menulis berkenaan ucapan terima kasih ataupun thank you yang kita selalu ucapkan kepada sesiapa yang telah memberi, melayan atau sekadar tersenyum kepada kita. Sebelum saya menulis dengan lebih panjang berkenaan topik ini, izinkan saya meminta maaf terlebih dahulu kerana penulisan ini adalah berkisar daripada pengalaman saya sendiri dan tanpa merujuk dari mana-mana buku ataupun ahli akademik. Sebolehnya pandangan daripada kawan-kawan ataupun sekadar pembaca lalu adalah dialu-alukan.



Saya berbangsa Iban dan topik terima kasih ini adalah berkisar dengan masyarakat Iban. Bukan hendak memburukan kaum sendiri tetapi ingin membetulkan keadaan supaya kaum lain tidak terasa hati dengan tingkah laku dan pekerti kaum Iban.



Pertamanya yang ingin ditekankan disini adalah didalam bahasa Iban itu sendiri tidak ada ucapan ataupun ungkapan asal terima kasih. Perkataan 'Terima Kasih' itu sendiri adalah bahasa pinjaman daripada bahasa melayu dan sesetengah masyarakat Iban yang terpelajar, mereka lebih suka mengugkapkan perkataan Thank You'.



Masalahnya di sini adalah tidak semua masyarakat Iban terpelajar. Bagaimana dengan yang tidak mempunyai ilmu pelajaran yang tinggi, ataupun yang sekadar belajar setakat sekolah rendah, ataupun yang langsung tidak bersekolah. Adakah mereka tahu akan ungkapan ini. Ya, ada yang tahu dan ada yang langsung tidak tahu dan ada juga yang tahu, tapi buat-buat tidak tahu.



Kita tengok dari perspektif bagi mereka yang tahu terlebih dahulu. Biasanya golongan ini individu yang bersekolah. Dimana di sekolah, sedari awal lagi kita diajar untuk mengucapkan ucapan 'terima kasih cikgu' setiap kali kelas habis di adakan. Saya tidak tahu dan sekali lagi saya tegaskan ini pandangan saya sendiri dan melalui pengalaman saya sendiri juga. Semasa belajar di sekolah rendah (sekitar tahun 80an) saya jarang mengungkapkan perkataan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberikan saya sesuatu. Baik makanan, permainan, pertolongan dan sebagainya. Saya tidak tahu perkataan itu penting dan harus kita ucapkan. Dan saya perhatikan di sekeliing saya ketika itu tidak ramai orang atau kenalan saya yang mengucapkan perkataan terima kasih kecuali bapa saya. Saya selalu terdengar bapa akan mengucapkan perkataan itu setiap kali dia berurusan dengan guru di sekolah tetapi di rumah tidak pula perkataan itu di ungkapkan. Kenapa? Sedangkan bapa saya seorang yang terpelajar juga.



Malah semasa di sekolah menengah saya jarang mengungkapkan perkataan terima kasih. Pernah saya terluka semasa sesi persekolahan seorang guru lelaki merawat lutut saya yang terluka, tetapi setelah selesai merawat saya tidak terdetikpun di hati saya untuk mengucapkan terima kasih. Peristiwa itu masih jelas di kotak pemikiran saya, dan saya tahu saya harus mengucapkan ucapan itu tetapi ianya tidak terluah. Tidak tahu kenapa.



Malah setelah habis sesi persekolahan saya (tingkatan 6) dan saya mendapat keputusan yang agak baik tetapi saya tidak datang atau mencari guru-guru yang mencurah ilmu kepada saya untuk mengucapkan terima kasih. Saya tahu mereka tidak meminta balasan tetapi sekurang-kurangnya dengan ucapan terima kasih daripada saya mereka akan berasa di hargai. Jikalau saya teringatkan kembali dengan sikap saya itu saya berasa sungguh kesal. Ada sesetengah guru yang mengajar saya dahulu masih di sekolah sama. Dan saya akan pastikan saya sampaikan ucapan penghargaan saya kepada mereka nanti. Dan bagi guru yang telah berpindah dan tidak di ketahui di mana mereka sekarang, saya hanya mampu ucapan perasaan terima kasih tidak terhingga jasa-jasa mereka disini sahaja. Saya tahu ianya seperti sudah terlambat tetapi setiap niat itu kita kena pupukkan sekali dengan keikhlasan.Bagi saya lebih baik terlambat daripada langsung tidak terfikirkan akan jasa orang yang telah banyak membantu kita.



Tekadang saya terfikir juga, sebelum habis tingkatan 6 saya pernah berjanji yang saya akan bertemu dengan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada saya untuk menyatakan ucapan terima kasih di atas jasa-jasa mereka. Mungkin kerana peristiwa 'slip result STPM saya di tahan di saat-saat saya merayakan kejayaan saya dengan bapa' menyebabkan saya terlupa akan janji saya. Sementelah saya terus balik ke Bintulu pada hari yang saya dan tidak pernah menjejakkan kaki ke bekas sekolah menengah saya selepas itu. Saya bersekolah di daerah lain kerana mengikut bapa yang mengajar dan setelah bapa berpindah lalu bersara kami tidak pernah lagi ke daerah itu lagi. Tetapi peristiwa salah faham itu benar-benar membuatkan saya terkilan. Kerana seorang guru (yang tidak pernah berjasa kepada saya) membunuh harapan dan perancangan saya. Sampai sekarang saya benar-benar kesal dengan sikap guru terbabit. Lupakan peristiwa itu saya masih berminat untuk membincangkan berkenaan topik ini.



Pertama sekali saya akan mengulas perspektif orang Iban yang tidak mempunyai pelajaran. Baik yang tercicir di dalam bidang akademik ataupun yang langsung tidak pernah bersekolah. Contoh terbaik adalah nenek saya. Nenek saya berusia di dalam lingkungan umur akhir 70 an sekarang. Dia selalu mendapat hadiah daripada anak-anak dan cucu-cucu. Tidak kisahlah, kain batik, baju kebaya, hatta duit ringgit. Tapi sekalipun saya tidak pernah terdengar ucapan terima kasih dari mulut nenek. Yang ada cuma senyum tuanya dengan menunjukan garis kedut muka seribunya setiap kali dia menerima hadiah dari mana-mana individu yang memberi hadiah kepadanya. Dan setiap kali itulah saya melihat meskinpun tiada ungkapan terima kasih daripada nenek kepada si pemberi mereka tetap ikhlas memberi hadiah ataupun duit kepada nenek.



Kenapa ya? Nenek tahu ada ungkapan terima kasih, tetapi dia jarang-jarang atau tidak keterlaluan dikatakan nenek tidak pernah mengungkapkan perkataan terima kasih. Sedih. Tapi ada jawapan disebalik itu semua. Nanti akan saya huraikan.



Individu yang kedua pula adalah individu yang tahu ucapan terima kasih itu penting tetapi buat-buat tidak tahu untuk mengungkapkannya ataupun malu untuk menyatakannya. Golongan ini sangat banyak dalam masyarakat Iban. Ianya lebih kepada golongan muda, yang bersekolah sampai tingkatan 5 malah yang pernah menjejakan kakinya ke Universiti. Jangan terkejut jika anda menolong atau memberi sesuatu kepada golongan ini tidak ada sepatahpun ungkapan terima kasih di ungkapan. Ada sesetengah situasi mungkin terlupa tetapi di dalam banyak-banyak kes mereka tahu tetapi malas untuk mengungkapkannya. Sekali lagi kita tertanya-tanya kenapa perilaku golongan ini sebegitu. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini contohnya adalah diri saya sendiri. Saya tahu ucapan itu patut saya ungkapkan tetapi ianya tidak terluah. Mengapa?



Adakah masyarakat Iban tidak tahu menghargai. Tetapi ingin di jelaskan di sini masyarakat Iban terkenal dengan budaya melayan tetamu. Bagi masyarakat Iban setiap kali musim perayaan seperti Gwai Dayak, upacara perkahwinan ataupun kematian, tidak ada masalah bagi mereka melayan ribuan tetamu. Sebab itu kebanyakan masyarakat Iban di rumah panjang akan mengerjakan sawah padi yang luas lebih daripada keperluan seisi keluarga. Ini adalah kerana mereka membuat persediaan untuk menjamu tetamu yang ramai untuk musim-musim keraian, upacara dan sebagainya. Contohnya walaupun anak Si A yang berkahwin Si B tetap bersedia memasak nasi kerana pasti ada tamu Si A yang akan singgah di bilik Si B nanti. Dan pastinya tamu ini akan makan. Dan seperti yang saya jelaskan sebelumnya sudah pasti Si B tidak mengharapkan ucapan terima kasih daripada Si A meskinpun dia telah bersusah payah menjamu tetamu Si A.



Kenapa masyarakat yang suka bercampur gaul dan sangat erat hubungan kekeluargaan ini jarang mengungkapkan perkataan Terima Kasih. Setelah saya berfikir dengan mendalamnya sejak 10 tahun ke belakangan ini saya menemui jawapan. Jawapannya adalah daripada Bahasa Iban itu sendiri yang menunjukan mereka meminjam perkataan terima kasih daripada bahasa Melayu. Maksudnya masyarakat Iban dahulu kala memang tidak menyediakan atau mengungkapan bahasa terima kasih. Terima kasih adalah ucapan yang tidak wujud di zaman datuk moyang kami. Saya tidak tahu bahasa 'terima kasih' atau 'thank you' ini digunakan sejak bila oleh masyarakat Iban. Saya kira mungkin sejak sistem pendidikan wujud di kalangan masyarakat Iban itu sendiri barulah ungkapan ini digunakan.



Maka, kepada kawan-kawan di kalangan kaum dan bangsa lain mohon anda sekalian faham dengan situasi masyarakat saya dimana kami bukan masyarakat yang kurang ajar jika tidak mengungkapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi cuma, masyarakat Iban tidak ada menggunakan istilah terima kasih. Ungkapan itu tidak pernah wujud dalam bahasa Iban itu sendiri dan tidak hairanlah nenek moyang kami begitu payah untuk mengungkapkan bahasa 'pinjam' ini.



Bagi golongan terpelajar ini bukan satu alasan bagi kita untuk tidak mengungkapkan perkataan ini. Kerana meskinpun kita tidak dapat membalas jasa orang yang memberi, sekurang-kurangnya dengan ucapan terima kasih ini akan membuatkan hati si pemberi merasa dihargai.



Tentu masyarakat luar tertanya. Kalau tidak wujud ungkapan terima kasih untuk golongan tua dan kurang terpelajar bagaimana mereka hendak menunjukan tanda menghargai ke atas sesuatu yang mereka terima dari seseorang? Ada. Mereka ada cara yang tersendiri.



Saya selalu melihat ibu bapa memberikan buah tangan kepada guru-guru (lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar). Macam-macam yang diberi. Kalau musim buah, penuh bakul buah-buahan di beri kepada guru, kalau musim ikan begitu juga. Mereka juga menghargai dengan memberikan pertolongan tanpa minta balasan. Seperti budaya mereka yang telah lama terbentuk, jikalau mereka memberi, tiada ungkapan terima kasih dari anda mereka tidak akan terasa.



Lega rasanya bila saya dapat meluahkan semua ini. Kenapa saya terpanggil untuk berbicara tentang ucapan yang kita tengok simple dan biasa-biasa aja ini sebenarnya boleh merubah sesebuah perhubungan. Di awal perkahwinan saya dahulu suami selalu merungut. Kenapa susah sangat si polan itu, si polan ini untuk menyatakan terima kasih kepadanya. Bukan untuk meminta balasan tetapi setakat ucapan sudah memadai. Saya selalu terkesima dengan luahan perasan suami kerana tiada jawapan khusus untuk soalan suami ketika itu. Sehinggalah saya merenung dan berfikir bertapa sebelum ini didalam masyarakat saya sendiri kami meminjam ungkapan itu. Generasi pertama semestinya tidak mengajarkan kepada generasi kedua (ibu bapa). Dan bagi ibu bapa pula terpulang yang berpendidikan mungkin di ajari anak-anaknya bagi yang tidak mereka mengharapkan sistem pendidikan berbuat begitu. Dan generasi ketiga pula tidak ada alasan dikalangan anda tidak mengajarkan anak-anak anda ungkapan ini sekiranya anda terpelajar. Namun ada dikalangan rakan-rakan sebaya saya diluar saya yang tercicir dalam pendidikan mungkin tidak mempraktikan ungkapan ini.



Dengan penulisan ini diharap dapat memberi perjelasan kepada masyarakat luar kenapa masyarakat Iban kurang mengungkapkan ucapan ini. Percayalah Iban walaupun dahulu terkenal dengan pahlawan memotong kepalanya tetapi kami adalah masyarakat yang lembut hatinya. Bak kata pepatah Iban "anjing yang tersesat jalan diberi makan, inikan pula tetamu lalu".



Sekian dulu. terima kasih.





*komen daripada khalayak sangat dialu-alukan. Dan sekali lagi di tegaskan penulisan ini adalah pandangan saya selaku individu semata-mata. Jika ada yang tidak berpuas hati ataupun tidak setuju dengan pandangan ini dialu-alukan untuk meluahkan pendapat dan alasan. Terima kasih.

Wednesday, July 15, 2009

Bila kita Pernah Bersama..

Aku tahu ramai kekawan Mama Doyee dah becerita, teringat, mengimbas kembali zaman kami belajar dedulu. Ini bersempena Tahun yang ke 10 persahabatan kami. Cheewah! Sepatutnya aku mengimbas kembali zaman ni bulan lepas June, tapi memandangkan tugas seorang ibu mithali yang teramatlah sibuknya (tolak waktu tidur ya) maka tertangguhlah sesi mengimbas kembali ni. Lagipun blog yang satu ni selalu aje di anak tirikan. Kesian Angela tak dapat follow. Sorry yang.

Ehem.. sebelum memulakan apa-apa baiklah di selitkan dahulu dengan lagu intro ini ya.

Nurul (Ajai / Kasturi)

Cinta Yang Syahdu

Berkasih sementara
Tersiksa dalam jiwa
Sendu dalam hati
Berpisah dengan mu...( 1 )

Cinta yang tecipta oh..oh..
Berpadu dengan setia
Tanpaku menduga
Kesayuan yang melanda

Luluh hati ini
Hilang yang aku miliki
Datang bagai mimpi
Ku merelakan takdirnya Ilahi

( korus )

Kubawa diri
tabahkan hati
Dalam lalui onak duri
Ku mengharapkan
kau 'kan kembali
Kasihmu tetap bersemadi

Cintaku ini hanya padamu
Ku masih rindu bersamamu
Semadi cinta dalam hati mu
Moga kita 'kan berbahgia
Oh... uhhh...

Siapa ingat? Angkat tangan. Cerita 'nyumbuh besai? Nyumbuh mit? Memang syahdu ni. Time ni memang syahdu giler lepas tu aha... Jaga-jaga...

Kawan,

Aku tau aku penah tutup main switch komputer sorang mamat kat cabin computer kita masa kat kolej dulu. Time tu semua orang tengah pressure siapkan assigment. Time tu jugak tak ada sorang pun sesuka datang nak surf internet or what sebab time tulah semua orang tengah sibuk. Kesian mamat tu tekebil2 dia. Kenapa aku buat macam tu? Sampai sekang aku pun tak tau. Aku tiada jawapan untuk soalan itu.

Kawan,

Aku ingat lagi masa kita gi library, kita makan sembunyi2 sebab library bukan tempat makan, library tempat baca buku. Kita cuci mata tengok mamat2 asing sampai si Angela kenal dengan mamat ni yang kitai gelarkan si C***i Din. Tak tau kenapa kita bagi dia nama tu. Ke aku lupa kenapa. Aku respek kat Angela sebab dia volunter bacakan buku untuk pelajar yang kurang upaya penglihatan. Aku? Ada hati nak baca buku kat orang? Buku sendiri pun belum tentu aku baca.

Aku ingat jugak kita selalu lepak baca buku kat Siswarama (bilik tutoriol) dengan kat fact Ekonomi atas bukit nun. Situ jugakla aku kena cekup dengan pekerja Telekom sebab curi line public phone pakai syiling 10 sen dan aku bole becakap berjam-jam. Curi line dengan guna dial code tu. Aku dah lupa ok dial code dia apa sebab nya peristiwa tu dah 10 tahun lepas dan sebab ke dua aku dah ada 2 orang anak yang comel (urat beranak banyak putus sebab tu cepat lupa) Aku cakap apa ni? Alih2 mamat Telekom tu mengurat aku siap minta no tel lagi. Sedih tau masa tu aku miskin, pokai gile tengah cakap dengan bapak (yang jarang-jarang bole becakap dengan dia sebab dia mengajar kat tempat jin betendang masa tu). Aku ingat lagi aku call dia pun sebab nak minta duit! Ada lagi, kami kan kalau belajar kat fact ekonomi ni mesti beli 'jajan' untuk makan banyak2. Antara yang paling glamer kacang besalut kuning tu. Erm.. sedap tu.

Kawan,

Aku sengaja mengimbas detik2 yang tak glamer sangat yang mana aku teringat. Yang glamer2 tu aku tinggalkan untuk korang mengimbasnya. Angela & Lut ingat tolong imbaskan ia. Ingat tak yong tau foo kat perdanasiswa? Selalu kita janji makan kat situ time kelas hujung kita dah habis. Kira untuk minum petang. Heavy tak minum petang kita dulu. Memandangkan zaman tu zaman gadis remaja, metabolisme kita tinggi, tak ada plak berat badan kita belebih2. Sekarang, aku makan roti kering minum petang pun berat badan aku boleh naik 5kg. Kenapa tu?

Aku ingat lagi tiap kali hari Ahad mak cik thunder cat sengaja masak sedap nasi ayam. Sebab dia tau jarang org makan hari ahad. Kejam sungguh mak cik dewan makan tu. Aku ingat jugak dia penah tegur baju aku seksi sangat time makan kat dewan. Aku tau aku seksi meksi zaman tu tapi kau tegur aku time aku tengah berselera nak makan itu memang kejam mak cik! Tapi.. aku tau mak cik dewan makan semua stress sebab lepas kami makan tray makanan mak cik yang kena basuhkan. Macam mana nak ku balas jasamu mak cik dewan makan?

Kawan,

Aku tau korang mesti ingat lagi kegilaan kita 'mengecat kuku' dulu. Kita beli colour kuku macam-macam. Warna maroon, warna biru, warna ungu entah apa2 lagi warna. Aku ingat lagi aku dan Irene sanggup keluar duit RM15 sorang untuk beli cat kuku Maybeline yang ada promosi buy 1 get 1 free. Aku tau lecturer Siti Nor cukup menyampah tengok kuku aku. Aku lupa nama tutor sorang tu yang penah pukul tangan aku pakai pembaris sebab dia tak berkenan tengok cat kuku colour biruku. Ermm...

Tengok wayang hobi kita yang sangat tak tergambarkan. Penah hari Raya pertama kita beli tiket untuk 2 movie yang time tayangannya besambung. Sorry aku lupa movie apa, tapi aku ingat lagi kita gi Mid Valley keluar panggung A masuk panggung B. Begitulah caranya kita menghabiskan duit PTPTN kita dan selebihnya duit mak bapak kita. (Kecuali Angela yang cukup berhemah membelanjakan duit biasiswanya dan selalu jadi tempat berhutang. )

Kawan,

Kita naik bukit kat 10th college, nyanyi kat atas bukit tu sambil cuci mata. Hari tu aku drive ke UM saje nak cari angin kita yang dulu. Masih macam dulu cuma ada sedikit perubahan kat situ.

Aku dulu gi kelas naik basikal, dekat jer. Tapi aku selalu last minute sebab kelas dekat. Lebih2 lagi kalau kelas kat Dewan Kuliah tepi Fact Bahasa tu.Aku lupa dewan tu DK yang ke berapa.

Kawan,

Sekarang aku citer time kita dah keluar college, (tak nak di kongkong kunun). Sewa rumah dengan budak2 yang tak reti bahasa, kita rasa tak best. Kita pindah sewa rumah lain sorang satu bilik, bestnyer.

Kita duduk pekan lama,namapun dah PJ old town. Kita selalu makan milo shack mamat bangla tu dengan maggie goreng. Kalau duit poket kita lebih kita akan makan dekat Kavitha curry house tepi rumah kita tu or makan sea food kat kedai cina jugak tepi rumah kita tu.

Kita gi kelas naik rapid KL dari rumah kita Taman Petaling, transit guna LRT ke stesen Universiti, pastu kita naik feeder bus ke UM plak. Aku tau kita orang muda zaman tu, kita tak rasa penat pun. Kita tak penah mengadu kita penat sebab kita sentiasa bertenaga. Kalau sekarang aku disuruh melalui pejalanan begitu setiap hari, aku pecaya sakit lututku ini akan betambah parah.

Kawan,

Paling mencabar bagi aku masa belajar dulu time daftar kursus. Time ni kita kena siapkan mental dan fizikal kita. Ada certain kursus yang glamer tu memerlukan pelajar bermalam di depan pejabat pendaftar sebab nak berebut tempat kursus yang ditawarkan limited. Lut, ingat lagi tak kita macam anak ayam belari mengikut ibunya time nak mendaftar kursus major untuk fact kita. Masa tu keadaan tak terkawal, disuruh bebaris semua student dok betolak-tolak. Last2 pekerja pendaftar tu ajak kita lari ikut dia pusing fact sastera tu dan kumpul balik kat tempat sama. Aku tak faham kenapa dia buat macam tu, yang aku tau aku di antara student yang mengejar rapat pekerja pendaftar tu. Well siapa yang kenal Mama Doyee akan tau perangai dia yang terburu-buru tu.

Masa aku citer kat ex kawan sekolah aku betapa seksanya kita berebut kan course yang ditawarkan depa terlopong. Sebabnya, mereka dilayan macam anak raja time new semester start. Mereka cuma perlu pegi web site faculty depa, confirmkan apa subject yang nak di amik, selesai. Even time table pun fact dah arrangekan untuk mereka. Betuahnya mereka-mereka yang belajar di Unimas, UPM dan universiti lain yang canggih macam tu kan? Kita berebut course, tu belum lagi kelas bertindih. Penat-penat berbaris daftar kursus tengok2 tak bole ikut kelas tu sebab clash dengan kelas lain yang lagi penting. Tension sangat time tu. Belum lagi nak drop course tu satu keja lain plak.Kita kena berbaris lagi.

Aku tak faham kenapa kita tak bole buat segala benda tu online dulu. Kenapa sistem universiti Malaya teruk macam tu? Tapi bila aku fikirkan balik, aku rasa bersyukur pulak. Sebabnya sistem tu mengajar semua kita berdikari, mengajar kita manage kita punya time table. Semua nya dia layan kita ni sebagai seorang dewasa yang terpaksa menempuh semua cabaran sendiri. Semuanya sendiri-sendiri.

Kawan,

Aku ingat lagi habis tutorial dengan En Kamal, aku akan ikut jalan short cut turun anak bukit untuk ke tempat student sastera selalu lepak. Aku rasa aku sorang dengan 2, 3 orang kekawanku temasuk Lut & Irene, yang kupaksa ikut jalan tu. Bukit tu curam sikit, kalau pelajar yang control ayu memang tak leh lepas lalu ikut situ. Dr Juli penah tengok aku turun cam spider man ikut anak bukit tu. Orang tua tu geleng kepala. Sedih dia tengok perangai aku time tu kot. Jalan elok2 orang buat siap berbumbung lagi aku lebih selesa ikut jalan tu. Orang hutan nak buat macam mana?

Kawan,

Banyak lagi kenangan yang tak tertulis disini. Aku tau aku cuma mengimbas cerita didalam campus sahaja. cerita kita di luar campus aku biarkan Lut & Angela uruskan. Aku dah tua, diibaratkan ayam sabung pencen. Aku dah tak mampu mengingat kembali zaman yang teramat gemilang tu.Dan aku pecaya Angela & Lut tajam pemikirannya kuat daya ingatannya dari aku sebabnya, Lut baru anak satu , Angela tak kawin lagi jadi mereka lebih layak menceritakan zaman kami dulu-dulu.

Izinkan aku mengundur diri. Terimalah lagu terakhir ini. Kalau perasan lagu kami dulu-dulu banyak berunsur sedih walaupun kami tengah enjoy giler masa tu. Tak tau kenapa.

Kris Dayanti & Ajai

Hati Ini Telah Dilukai

( P )SemalamanTerkenangkan diri mu
Lalu airmata kuMembasahi pipi
Mengapakah kau sanggup
Meninggalkan diri ku
Sedangkan kau tahu
Perasaan ini( 1 )

( L )Kau berjanji
Akulah kekasih mu
Sanggup ku singkirkan
Semua cinta yang lalu

( L & P )Tidak ku duga
Ini akan terjadi
Kata perpisahan
Yang kau pinta( 2 )

( L & P )Biarkanlah...
Biarkan aku hidup sendirian
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah...Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai( ulang dari 1 )

Thursday, May 21, 2009

Nak beli stroller apa yek?

Jumpa kawan lama mama doyee yang tengah pregnent. Dia mengeluh sebab tak tau nak pilih stroller yang mana satu untuk baby dia. Memandangkan mama doyee ni ibu terlatih (kononnya) anak 2 lah katakan so mama doyee bagilah tip yang agak bernas.

Mama Doyee berkongsilah dengan bakal-bakal ibu di luar sana stroller mana yang patut dipilih. Ini bukan ruangan bebayar, maka mama doyee TIDAK mendapat sebarang keuntungan daripada 'mempromote' stroller ini ya. Ini bedasarkan pengalaman dan penyesalan yang mama doyee dan papa ahfit alami sebelum ini. Jadi untuk mengurangkan risiko bakal mummy kerugian, terkial2, selain space kat kereta tak cukup, ikutlah nasihat ini ya puan-puan.


Cantik kan stroller ni? Sesuai untuk baby, nampak comfortable, selain agak sporty. Papa -papa mudah tertarik kat stroller ni. Mesti punya. Tetapi... perhatikan tayar dia yang sedikit besar, dan handle untuk pegang yang melengkung. Mummy mesti tak boleh sangkut hand bag time emergency nak tukar nappy kat baby room. Mesti tension punyer. Memang ada ruangan untuk simpan barang kat bawah, tapi agak limited.

Aha! Bagi yang minat colour yellow wau memang cantik! Tengok tayar dia betul2 yang. Stroller macam ni kebanyakannya tak boleh dilipat terus kecuali papa yang sasa terpaksa bukak dulu tayar yang besar gedabak tu baru bole masuk kereta! Mau masa tu papa yang sasa tak ada, terpaksalah mummy yang jelita control ayu bukak tayar tu, tak ke menyusahkan namanya. Jangan beli yang ini ya.

Yang ni lebih kurang sama dengan yang yellow tu. Selesa untuk baby memang tapi mummy yang seksa. Jangan main-main, kawan papa ada yang bawak Toyota Wish pun mengeluh stroller jenis ni tak muat nak masuk. Renung-renungkanlah.


Aha! Ramai sangat parent yang muda-muda bawak stroller ni. Memang canggih giler. Parent yang bawak pun 'semengah' semacam. Tak tau seksa dia nak lipat. Kalau nak cepat mau keluar sumpah seranah ni. Canggih tak semestinya menyenangkan. Kalau yang banyak travel, macam mama doyee yang kena bawak anak at least sekali setahun balik kampungku nun di Sarawak sana, yang tiada pilihan kena naik flight juga, stroller ni i confirm tak di benarkan dibawak naik pesawat. Kecuali masuk cargo.



Aha. bagi mama doyee inilah stroller pilihan yang tepat! Perhatikan tayar dia, kecil dan senang nak dilipat. Serius cakap lipat stroller ni dalam masa 5 second dah boleh. Tayar yang kecil menyebabkan stroller ni boleh dilipat seperti payung dan ianya muat kat mana-mana jenis kereta. Jangan risau mesti boleh dibawa kemana-mana. Selain tu stroller ni boleh bawak masuk flight, boleh di sandang ke bahu, ringan . Kalau papa sasa tak ada mummy still boleh control ayu dengan stroller ni. Tak ada masalah. Handle bole sangkut2 barang apa yang patut, pastu ada tempat simpan barang kat bawah.
Actually model ni untuk baby yang dah besar sikit, tapi untuk new born agak tak sesuai. Pecayalah, kalau beli yang untuk new born yang boleh muat baby sahaja dah tentu-tentu pakai sampai 2-3 bulan jer. Pastu tak bole pakai kan ke membazir? Harga dahlah mahal. Lebih baik beli jenis macam ni, tapi jangan bagi new born pakai dulu (yelah takkanlah merah lagi budak tu dah di bawa shopping mopping. Agak2lah. Lepas umur 3 bulan, gerenti bole pakai, just tambah padding kat kerusi dia bagi kepala baby tak teleng.
Stroller apa ni ? Model kat atas ni maclaren trumph, bole didapati di mana2 baby store etc mothercare, isetan (bahagian baby). Anda pasti berpuas hati. Jangan beli yang bulky, cantik dipandang, tapi menyusahkan. Tak payah nak bepesen sangat dengan stroller ni, yang penting baby, anak selesa, mak, pak senang. Itulah tip kita hari ini ya puan-puan.




Friday, May 8, 2009

Hot Ballon Fiesta & Disney on Ice Concert.

Temenung jap. Kalaulah boleh naik belon tu kan best.


Panas ooo... Tolongla lain kali jangan bagi baju macam ni kalau nak tengok belon panas ni. Nama pun dah belon panas. Aku kan, kalau panas tambah mengantuk ,ni mood memang spoil punyalah.


Korang syoklah tengok belon tu, seksa aku korang tak tau. Panas tau tak!

Cerita lain plak. Kakak tengah syok tengok souvenir untuk Disney on ice concert. Dia pegi ari tu dengan papa.




Aqila paling suka Ariel. Sayang gambar tak banyak sebab papa tak bawa kamera dia. (Dia ingat tak boleh bawak kamera besar, pakaila mama punya. ) Apalah nasib. Gambar pun tak elok sangat. Rugi sebab bukan selalu boleh tengok.



Ariel on stage.







Snow white and Prince charming.





Aladdin & Jasmine.



Alladin & Gang.


Dah jarang sangat update blog ni. Sorry sesangat kat semua follower. Untuk Abby tulah gambar Aqif yang tebaru. Ada lagi yang baru, aku malas nak update nanti-nanti lah no. Slow sangat masa nak upload gambar tu. Menyampah aku.

Tuesday, December 2, 2008

Happy Birthday Aqila

Happy Birthday kakak. Yea.. kakak dah 4 tahun dah. Besar dah anak mama.



Tahun ni kek kakak temanya Hannah Montanna. Hebat tak anak mama dia ni pilih kek?



Tersenyum gumbira kakak . Semoga panjang umur, berjaya dalam segala hendaknya. Amin.

Monday, October 20, 2008

Aqila & Mama

Cerita 1:

Di suatu malam yang indah. Mama ajak aqila tido sebab esok Aqila ada ujian untuk semester akhir.

Aqila minum susu habis 1 botol.

Aqila: Mama, nak lagi.

Mama: Dahlah tu. Banyak dah Aqila minum.

Aqila: Aa.. nak lagi. Aqila haus lagi ni.

Mama: Banyak dah minum haus lagi? Nanti buat lain tak habis membazir. Tak elok membazir tau, nanti Tuhan marah.

Aqila: Mama tak kesian ke tengok Aqila haus lagi ni? Sedih Aqila tau.

(Sambil buat muka sedih dan berlakon macam kebulur sangat)

Mama: Ha.. pegilah turun, suruh kakak Sari buat susu.

Ermm... tengok bahasa dia. Budak sekarang.


Cerita 2:

Mama ajak Aqila pegi MC D. Selalu dia suka cheese burger dengan Apple Pie. Tapi kali ni dia minta belikan apple pie sahaja. Sampai dirumah mama Doyee makanlah burger yang Mama Doyee beli untuk diri sendiri.

Aqila: Mama, mana burger Aqila?

Mama: Eh! Tadi Aqila tak cakap pun nak burger. Aqila cakap nak Apple pie je?

(Sambil muka cebik, nak nagislah tu, terus dia cakap...

Aqila: Mama tak beli burger untuk Aqila, kesian Aqila ni. Sedih Aqila. Mama beli untuk mama je.

Mama:??@@#!!!

Thursday, October 9, 2008

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.


"Baik mama". Sayang anak mama.




"Aqif mesti dengar cakap mama tau".











Cak! Sayela Si Aqif yang mumuk!


Ei... sapa tu??...


Selamat Hari Raya dari Mama Doyee dan keluarga.