Thursday, January 31, 2008

Cerita Apai

Apai tu maksudnya ayah, papa dalam bahasa Iban. Tapi pelik kat sini (Semenanjung) depa dok guna untuk nama glamer bebudak (kebanyakkan nya budak tak elok macam Mat Rempit ke dan sekutunya). Pernah sekali Mama Doyee pegi Central Market saje tengok orang melukis kat situ. Terdengar kawan dia panggil nama dia Apai. So Mama Doyee pun cakap:

"U tau tak Apai tu maksudnya apa dalam bahasa saya?"

????

"Apai tu maksudnya bapak. Tak manislah bebudak macam korang panggil nama kekawan sendiri Apai. Letak lah nama lain, Tapai ke , Tupai ke. Tak Galamer langsung kalau letak nama Apai tu"

" He... he...???????"

Bercerita pasal Apai Mama Doyee. Ini betul-betul Apai.

" Lama tak jumpa Aqila. Dia dah sekolah sekarang ni. Macam mana agaknya keadaan dia nak pegi sekolah tu?" Apai

" Erm datanglah sini. Bulan 3 ni air ticket Air Asia murah" Mama Doyee

" Boleh jugak. Belilah apa-apa date tak apa. Apai free masa tu". Apai

"Ok!" Mama Doyee


Seminggu selepas conversation ni.

" Apai, tiket Papa Aqila dah beli dah" Mama Doyee

"Oooo... sorry tak jadi. Masa tu dah pilihanraya, nanti tak boleh ikut pulak. Nanti Apai kena ikut YB xxxx tu pegi melawat tempat dia. Lepas tu March musim menuai siapa nak teman mak pegi sawah. " Apai.

Pulak dah. Hari tu beria-ia sangat nak datang. Siap cakap tak kisah pegi hari apa pun. Lepas tu tak jadi. Hai masalah nya tiket dah beli. Air Asia ni pulak pandai kalau nak tukar date ke , nak tukar nama ke, chargesnya amboi. Baik burn aje tiket tu beli lain. Tak apalah. Orang tua memang macam tu. Hari ni cakap nak, esok ada - ada jer plan dia . Tak ada rezekilah nak jumpa dia. Dengan keadaan Mama Doyee macam ni pun tak dapat nak balik ke sana. Tak apalah. Tunggu lepas bersalin nanti. Cuti bersalin tu Mama Doyee pasti akan balik. Sedih ni sebenarnya.

Thursday, January 10, 2008

Hari Pertama Masuk Sekolah

Ye Ye Aqila dah pergi sekolah. Dia baru berumur 3 tahun 1 bulan. Di sebabkan dia end year baby so umurnya muda dari yang same yr with her. Saje jer hantar dia ke pre school this yr. Kalau tak sepanjang hari menghadap my maid and tengok TV baik jugaklah pergi school at least dia boleh berkawan dan belajar.

Bercakap pasal enviroment kat Aqila new school ni kira oklah. Kalau ikut Papanya nak di hantar ke International Pre school. Nak hantar macam mane, transport dah sah tak de. Satuhal rumah kami tempat jin bertendang tak ada yang terdekat pun. satu perkara lagi mesti si kecik tu kena bangun awal kalau nak cari sekolah yang bagus tetapi jauh. Sekarang pun punyerlah liat orang tu bangun pagi. Maklumlah, diakan princess pukul 10 pagi baru bangun. Malam paling awal pun tidur pukul 12pm. Macam maner tu?

Sejak Aqila bersekolah ni semua orang kena berkorban. Papa dah kena masuk tidur pukul 10.00. Oh dah tak ada lagi dah CSI, Monk, akan datang Desparate Housewife. Macam maner? Kalau mama dengan papa tak masuk tidur jangan haraplah si kecik tu nak tido. Sorry! Dia sanggup bersengkang mata tunggu semua orang tido. Ermm nasiblah dapat anak macam ni. Masalah tidur malam dia ni since dia lahir. Dia tak pernah tidur awal malah time baby dulu lagi teruk. Tidur sepanjang hari dan berjaga sepanjang malam. Isk.. isk.. seksa tau time tu.

Alhamdullilah dah sekolah ni dia faham. Tidur sebelum pukul 10 tapi bergolek-golek, bertongeng-tongeng atas tilam tu pukul 10 lebih jugaklah dia tidur. Bangun pagi paling sedih tengok keadaan dia. Budak tu tak merungut, tak menangis cuma mata dia terpejam masa di bangunkan. Terpaksalah angkat dan dukung dia ke bilik air tiap-tiap pagi. Kesian kan. Tapi semangat ke sekolah tu amat tinggi. Tak nangis cuma first day tu ceritanya:

First day: 3/1/08

Mama amik cuti . Hari ni kelas habis pukul 10 pagi. Orientation week katanya. Masa mama sampai dah terdengar suara dia menangis kat atas. Jam masa tu pukul 9.55am. Mama naik atas kepoh che nak tengok kenapa.

Teacher pegang tangan dia, Aqila kat luar bilik kelas dia sambil nangis.

Mama: Kenapa nangis ni? Malulah tengok kawan lain tak nangis pun?

Aqila: Aqila nak balik. Aqila ngantuk. Tak tahan dah ni.

Mama: (Bertuah punya anak. Dia ingat sekolah ni papa dia punyer ke.)
Eh mana boleh! Teacher cakap belum boleh balik tak boleh balik tau.

Akhirnya teacher lepaskan jugak dia balik, tu pun masa memang dah cukup.

sampai kat bawah:

Aqila: Kejap mama aa.. Aqila nak main play ground ni dulu. Kejap aja tau.

Mama: Eh! Tadi kata ngantuk, Jom balik.

Aqila: Huaaa.hhh (Nangis lagi) Nak main.

Jadi, setengah jam jugaklah tunggu dia turun naik benda alah kat play ground sekolah dia. Geram tak?

Mama: Aqila, nanti mama gi kerja Aqila balik sekolah kena line up terus sebab kena naik van tau. Tak boleh main -main dulu.

Aqila: Ye.. aqila tau (hebat kan jawapan dia. Dan untuk mengesahkan jawapan dia Mama Doyee pun tanya teacher dia.

Mama: Masa balik Aqila terus berbaris ke tunggu van pick up?

Teacher: Oh yes! Dia sangat efisyen. Good girl. Tak nangis dan ikut arahan.

Mama: (Dalam hati... alhamdullilah. Baik anak aku.)

Dekat rumah...

Mama: Tadi Aqila naik van ok tak?

Maid: Ibu, dia cakap van dia colour black, dan kenapa tak yellow? Lepas tu masa sampai di rumah dia tak turun. Betul-betul macam princess. Duduk tunggu orang bukakkan pintu, tunggu orang hulur tangan bawa dia turun.

Mama: Anak mama, betul-betul perangai macam perempuan dan selalu nak dilayan first class.

Teringat masa dia first ke sekolah, teacher suruh buka kasut, dia buat tak tau jer kat teacher tu. sampailah teacher tolong bukakkan. Tapi sekarang dah boleh independant sket. Dia dah banyak berubah semenjak 2-3 hari pergi sekolah ni. Bagus sebenarnya hantar anak gi sekolah. At least dia tau apa dia kena buat dan dia tak boleh harap semua orang buatkan benda untuk dia.

Mama: Aqila kat sekolah buat apa hari ni?

Aqila: Melukis, melukis, melukis. Boring. Poyo jer.

Mama:??????

(sebenarnya within this first week mereka tak start lagi belajar betul-betul. Next week barulah bermula kelas yang betul-betul belajar. Siap ada homework tu kalau tengok time table dia. Logik tak budak 3 tahun buat home work. Entahlah. Mama dia orang kampung. Tak penah pegi tadika. Zaman Aqila ni dulu mama dia tengak masuk belukar keluar belukar, panjat pokok, berenang di parit sawah, jolok sarang burung segalanya lah. Kekadang kesian tengok dia walaupun baru beberapa hari masuk sekolah. Macam penat sangat. Tapi sekarang ni parent risau banyak. Takut anak ketinggalan, ialah anak neighbour sebaya dah pegi sekolah anak kita tak pegi lagi nampak macam ketinggalan sangatlah anak kita. Tambah ibu yang bekerja macam Mama Doyee ni siapa yang nak mengajar anak di rumah. sepanjang hari tak de di rumah plak tu. Terpaksalah hantar si kecik ni belajar.

Teringat kata salah seorang daripada kenalan Mama Doyee.

"Jangan risau tengok bebudak ni . sekarang otak mereka boleh menerima berkali ganda information kalau compare dengan otak orang dewasa. Mereka boleh menerima banyak infomation sekaligus dan kanak-kanak juga mudah ingat berbanding orang dewasa. Mereka boleh buat walaupun kita tengok macam terlalu berat untuk mereka".

Betul lah tu kot. Mudah-mudahan. Amin.