Sunday, December 30, 2007

Mari bercerita.

Mama Doyee ni memang banyak hobi, minat yang pelik. Lepas tu banyak palk kenangan silam nya. Saje nak share dengan kengkawan dan nak bagi kawan i Si Intan menangis sambil bergolek golek ketawa baca. Harap semua terhiburlah ia.

Seperti biasa.....jeng...jeng...jeng...

Scene 1:

Cerita ni berlaku sekitar tahun 2002. Masa tu Mama Doyee muda jelita lagi. Peristiwa ni berlaku kat LRT Masjid Jamek. Mama Doyee dan kawan baik ku Si Angela tengah tungguh next tren. Tetiba... eh..eh.. laki ke pompuan? Laki ke pompuan? Ya Allah muka nyah ni korang tau, sorry lah aku tak boleh kutuk banyak sangat. Mama Doyee kan tengah pregnant ni. Ya Allah, dengan baju dia yang out of date. Pakai gown tengah hari buta, pas tu rambut kerinting paras bahu ala stail 80an dulu. Tua la jugak kalau kira-kira umur dia dalam late 40's agaknya. Bukan aper Mama Doyee dok toleh 2-3 kali jarang spesis ni pakai selekeh giler macam ni. And than tak de taste of fashion at all!

Nak tau tuan-tuan dan puan-puan pembalasan di atas perbuatan aku ni. Ha hebatkan Bahasa Melayu aku. Ha jangan memain aku form 6 BM dapat A oo.. Tetiba... dalam Mama Doyee dok mengata Nyah ni kat Angela tren lalu. Macam biasa lah kita pun bersesak-sesak naik tren kan? Sepintas angin lalu aku terdengar satu suara garau yang sengaja di lafaz lembut-lembut...

" Muka macam p- - i ada hati mengata orang!" Ups... siapakah yang berani berkata begitu? Sekali Mama Doyee menoleh ke arah suara yang sungguh mengetarkan jiwa tu rupa-rupanya Minah Nyah tu yang berkata begitu. Rerupanya dia perasan yang aku dok dari tadi mengata dia and pandang dia. Maklumlah Mama Doyee ni asal kampung. Kat Kampung jarang ada benda pelik macam ni. Sekali terpandang tu hairanlah jugak.

Angela " Ko ingat dia tak perasan muka over acting engkau pandang dia? Dahlah cakap kuat-kuat. Aku bukan aper, risau mata kau lebam jer kena penumbuk dia tu. Ko ingat dah jadi nyah kekuatan lelaki dia tu dah tak de ker?''

Mama Doyee " Tobat Yang aku tak buat lagi. Sampai hati dia kata muka aku macam tutttt.... Dia ingat dia tu cantik sangat ker? Padan muka aku sibuk lagi hal orang. Lepas peristiwa iteww Mama Doyee sungguh berhati-hati. Oh walaupun se cantik mana, seburuk mana pun kaum iteww, aku tak sanggup nak pandang lama-lama. Seram siut. Pandai plak kaum ni kalau perasan dia tu lawa orang pandang (perempuan tulen) tak ber kelip pun tak kisah. Perasanlah tu. Menyampah nyah!


Scene 2:

Cerita ni berlaku di zaman sekolah menengah Mama Doyee. Masa ni memang budak hingusan giler-giler. Ingat lagi masa tu aku form 1, duduk plak kat asrama. al kisahnya...


Asrama kami ni banyak nyamuk. Maklumlah sekolah ulu. So Mama Doyee pasanglah ubat nyamuk, sungguh bahaya kan. Malam tu malam minggu. Kami plan tak nak tido kat katil masing-masing but prefer tido atas lantai siap bentang tilam masing-masing. Seronoklah reramai tido telentang di ruang yang dingin itew.

Dalam dok syok tido tu pun selepas bersembang sampai ke subuh tetiba Mama Doyee rasa macam panas sangat. Tadi rasa dingin giler. Tak pelah sambung tido. Tapi kali ni makin panas, kali ni rasa macam kulit belakang Mama Doyee terbakar, dan.....

OMG! Korang tau tak selimut Mama Doyee dah separuh terbakar dan baju tido Mama Doyee kat belakang dah berlubang besar dah! Tapi api tu bukan jenis yang berapi - api tau jenis yang macam terkena kat kain tapi api dia macam serbuk ajer. Macam api rokok tu ha.. Tak dapat bayangkan kalau api besar dah lama Mama Doyee ni jadi arwah agaknya. Boleh tak sedar tu.

Takut pun ader, lucu pun ader. Lucunya bangun-bangun tu nampak tilam dah berlubang, selimut dah separuh di mamah api baju tido pun berlubang dan rambut salah seorang kawan ku iteww jugak terbakar sket. Mulalah mereka pakat-pakat gelak kat aku. Ha gelak korang, kalau Tuhan tu nak buat habis terbakar satu blok asrama tu tau. Semua rentung! Dah lah tido mati!

Sampai sekarang Mama Doyee masih hairan. kenapa api tu tak jadi besar sedangkan foam tilam tu diperbuat daripada getah. Tuhan masih sayangkan kami kot. Or seperti kawan ku cakap. "Agaknya api nak marak kau guling atas api tu tanpa sedar pastu si Jimin (kawan) bantu kau tolong libas api tu pakai rambut dia". Boleh tak? He.. he..


Scene 3:

Sekali lagi zaman budak asrama. Ada satu ketika tu heboh satu asrama gempar pasal "Hantu ikut". The reason mereka gelarkan hantu ni hantu ikut sebab aper yang kita buat siang hari contohnya menyanyi ke, jerit ke, masak maggie ke, kita akan dengar benda yang sama sebelah malam tu. Akan terdengarlah suara-suara yang mengikut suara-suara manusia di siang hari . Kononnya lah.

Nak dijadikan cerita, kami buat persembahan pada satu Malam Kebudayaan kalau tak silap. Kalau tuan2 & Puan2 nak tau costume Iban ni banyak pakai loceng dan syiling and kalau pakai kat badan dan kita bejalan of course lah bising.

Teng-teng teng... sungguh tak menakutkan intro lagu ni kan? Malam tu, bulan mengambang (ceh part ni tipu. Tak tengok bulan pun) gelap gulita, dingin plak tu. Tak tau lah duk asrama sentiasa sejuk kot. Tetiba Mama Doyee dengar bunyi kreet....eettt... krup.....eittt.. macamtulah. Ya Allah takut nya Tuhan saje yang tau.

Lama plak bunyi tu tak berenti. Terfikir la pulak, kenapa hantu ni macam nak sangat expose kan dirinya? Sikit-sikit dahlah buat bunyi. Ni makin kerap dan makin kuat pun ada jugak. Last-last Mama Doyee tak tahan dah. Mama Doyee jerit. "Oii diamlah! Kau hantu balik tempat kau tak payah nak ganggu kami kat sini!" Bole percaya tak Mama Doyee jerit dengan kuatnya dalam keheningan malam? Jangan main-main, Mama Doyee ni kekadang berani tahap Gaban jugak tau!

Tetiba bunyi tu senyap. Tetiba aku tengok satu lembaga turun dari katil sebelahku (katil double decker) sebenarnya. " Kau buang tebiat ker? Jerit memalam buta ni"? Eii kawan aku kat katil sebelah tanya. Mama Doyee " Yelah, kau tak dengar ke hantu ikut tu dok berbunyi dari tadi?"

Kawan aku " Bunyi macam mana?" Ha.. kau diam dengar tak bunyi tu?" Kawan aku pasang telinga. "La itu si Anna la. Kau tak tau ke dia tido jenis asah gigi!" Mama Doyee "Hah!?" Asah gigi? Penah dengar tak korang semua ada sesetengah orang tido selain dari berdengkur ada jugak yang berbunyi macam gigit gigi sendiri. Bunyi dia nyaring and seakan-akan bunyi loceng sometimes. Hampeh kan? Menyampah. Sampai sudah aku tak percaya cerita hantu ikut tu. Entah-entah ramai lagi yang mengigau ikut ape diaorang buat siang hari. Buang karan betul!

Itulah, kalau duduk asrama ni banyak kelakarnya. Cerita sedih macam kurang makan, lauk ala lauk penjara tu, displin tahap Gaban tu hah jangan cerita. Itu coming soon Mama Doyee akan megimbas kenangan pahit plak. Tunggu yee...

Tuesday, December 18, 2007

Dilema Seorang Ibu

Cheewah! Hebat tajuk kat atas tu kan? Sebenarnya kami satu family baru balik dari our Dept trip to Melaka. Saje -saje Dept kitaorang buat. Seronok pegi ramai-ramai. Nasib baiklah Papa Aqila boleh pegi. Dah lah ramai kekawan yang tarik diri di saat akhir. Contohnya Mama Kuyen. Kesian dia Fawaz tak sihat. Budak ni kalau dah demam memang bahaya. So Mum kena lebih careful. Tak pelah, next time ye.. Mama Kuyen

Tak banyak aktiviti kami buat di Melaka. Betul-betul pegi untuk restlah. Hari pun gerimis jer. Nak jalan malas. Aqila mula-mula malu -malu kucing. Lepas warming up ha.. habis semua orang dibuat kawan. Sampai sekarang dia panggil Ida auntie Fida (actually auntie Fida is our neighbour).

Lari dari topik. Sebanarnya nak cerita sikit pasal mak dan anak ni.

Scenerio 1:

Mama Doyee dan Aqila pegi jalan-jalan dua orang. Kat shopping mall. Tetiba Mama nak tut... buang air yang besar! Macam mana? Pegi dua orang. Mama kena bawak Aqila masuk dalam toilet sekali dan buat project. Minta maaflah. Nampak macam sensor cerita ni, tapi cubalah tuan-tuan dan puan-puan bayangkan. Takkan nak suruh budak tu tunggu di luar. Tau-taulah dunia sekarang ni sangat kejam! Budak pompuan macam selalu jer jadi mangsa. So.. Mama Doyee tak sanggup. Biarlah ku bawa anakku ituss ke dalam sekali, dan kesian budak tak berdosa tu terpaksa berkongsi apa yang tak bagus. Opss .. better stop kat sini. Hee..hee.. tak boleh Mama Doyee lupakan macam mana rupa dia menghadap dinding toilet (nasib baik bersih) sambil tutup mata dan hidung dia. Aqila memang pengeli orangnya.

Moral of the story: Kalau nak ke mana-mana tu make sure ada teman orang dewasa. Jadi kes macam ni tak lah naya bebudak tu terpaksa menanggung azab mencium benda yang tak elok. Tapi kalau dah terdesak macam Mama Doyee, lantaklah dan JANGAN SESEKALI suruh orang tak di kenali tengok-tengokkan anak anda, atau suruh dia tunggu seorang diri di luar toilet. Oh! Itu sungguh bahaya!

Scenerio 2:

Lagi Mama Doyee berdua dengan Aqila. Bawak kereta dengan lajunya. Anak duduk kat tempat penumpang belakang. Tak pakai safety belt/baby car seat. TAPI... waduh waduh Mama dengan bergayanya memakai safety belt. sungguh tidak bertanggungjawab. Sampai kat satu jalan sempit tetiba lori potong jalan Mama Doyee brekk mengejut. Ha.. nak tau apa jadi? Habis berdarah bibir si kecik yang tak berdosa tu. Daripada pakai ikat rambut yang cantik, pakai lipstick (walaupun nak pegi Giant jer) dah habis kusut masai jadi tak lawa. Kesian Aqila.

Moral of the story: Wahai ibu bapa sekalian, janganlah pentingkan diri sendiri. Nyawa anak itu sungguh berharga. Ajarlah anak anak memakai safety belt/baby car seat. Kalau apa-apa jadi siapa yang susah. Kita juga yang susah.

sekian dulu lah ye..

Tuesday, December 4, 2007

Happy 3rd Birthday Aqila!

Happy Berday tu yuu.. Heppy Berday tu yu.. Heppy Berday... to Akiya, Happy Berday tu yu..

Nilah lagu yang Aqila dok ulang sepanjang hari (sehari selepas Hari Jadi dia) Bersungguh -sungguh dia menyanyi. Bersemangat. Tak taulah apa yang sekecil itu fikirkan. Kekadang lucu tengok perangai dia, kadang-kadang geram pun ada. Semenjak dah pandai bercakap ni macam- macam karenah dia yang tak terlayan.

02 December 2007 genaplah usia Aqila 3 tahun. Kesian kan year end baby muda lagi tapi next year dah kena pegi school. Nak cerita sikit pasal Birthday party hari tu. Kami buat hari ahad 2/12/07 jugak. Party start pukul 12 pm tapi tau lah Malaysian culture. Janji kul 12 kul 2pm barulah tetamu start datang. Anyway,Mama Kuyin and family yang 1st sampai. Sedia maklum jugaklah hari Ahad ramai yang nak bersenang lenang dulu nak mengemas apa yang patut ye tak? Risaulah jugak sebab mula-mula tu tak ramai yang datang. Selepas pukul 2pm barulah tetamu lain datang.

Alhamdullilah, makanan cukup. Tahun ni Mama Doyee masak sendiri lauk pauk. Our menu, Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Pasta, Triffle, some nuggets and Ice lemon tea. Tahun ni tak lah jemput ramai orang sebab kita plan buat simple-simple je. Terima kasihlah kepada yang hadir ye.

Bercerita pasal hadiah pula, tahun ni Aqila dapat banyak buku compare to last year. Last year dapat banyak toys! Yelah Aqila dah jadi kakak next year dah nak sekolah. Terima kasihlah bagi yang bagi hadiah ye. Expecially Mama Kuyin - Play doh - habis rumah akak! Sampai tak ingat dunia si kecik tu main. Sanggup bersengkang mata malam malam buta main doh tu. Thanks Najwa jugak sebab bagi pretty dress untuk Aqila> Orang tu pakai sampai tak menyempat-nyempat kalau boleh nak terus pakai masa tido jugak. For Susan 1 of our off mate bagi princess punyer accessories. La hai... lengkap segala. Makin berangan-angan budak bertuah tu. My best friend Lilut bagi blaus and mini skirt lagi, Angela bagi princess story book siap dengan music lagi. My cousin Mit bagi blaus + skirt jugak siap brand Esprit lagi tu. Banyak duit dia. Tapi masa dia cerita dia kena ikat perut beli hadiah tu kesian jugaklah dengar. Mama Doyee siap marah dia lagi kenapa susah-susah. Tapi Mit memang sayang sangat dengan Aqila tu. Di manjakan sangat, sebab tulah Aqila tu asyik melekat dengan dia. Kalau cuti hujung minggu Aqila start buli dia ajak main sampai pukul 2-3 pagi. kalau Mit balik hostel mulalah dia menagis. Meragam. Sayang sangat dia dengan si Mit tu.


Sempena Birthday Aqila ni jugak kami satu family dapat berita gembira. Mama Doyee dah ada isi. Alhamdullilah. Kata Dr dah 6 weeks. Plannyer next month akan follow up dengan Dr lagi. Semoga segalanya baik-baik hendaknya. Kali ini my pregnancy agak lain sikit. Kalau masa mengandungkan Aqila kurang selera makan tak nak makan daging, ayam. Tapi suka sangat makanan masin , telur masin, ikan masin. Ikan paling suka. Tapi tak ada alahan no morning sickness. Kali ni lain sikit, selera makan Ya Allah tak tau nak cakap. kalau boleh hari-hari Mc Donald burger pun tak pe. No morning sickness jugak tapi lembik bila dah pukul 5 petang sampai malam. Malam rasa lemah sangat kadang-kadang rasa nak muntah, loya , pening. Pelik kan? Night sickness kot? Ade ke?

Kali ni banyak lah topik pasal pregnancy Mama Doyee tulis ye.

Monday, November 26, 2007

ALUMNI ABERMALAYSIA

24/11/07 to 25/11/07 Mama Doyee , Papa Ahfit and Aqila joint the Alumni Aber family day kat pantai Morib! Eii kalau boss Mama Doyee tau mesti kena sembelih! Sebab at the same day our Bank ada buat team building kat Cameron Highland. He.. he.. masalahnya tak boleh bawak family and satu hal lagi Mama Doyee ni dah tua mesti tak larat nak follow kekawan yang masih muda jelita tu naik turun bukit. Cameron Highland tu weii. Nama pun dah highland. Semput mak. Lariiii...

Nak dijadikan cerita family day tu mereka buat kat Impian Morib hotel. Not bad, sebab hotel tu baru. Nice place, tapi sayang no beach ok. Kalau nak buat barbeque ke, mancing ikan ke or berkhemah kat situ bulih. Aktiviti tak lah pack sangat. Yang penting berkumpul and jumpa each other. Actually this is the 2nd time our family joint this Family Day. 1st time dulu masa Aqila masih lagi baby dalam 6 month umur dia. Mula-mula joint tu first day memang tak best only last day baru seronok sikit sebab tak kenal sorangpun kat situ. Papa Ahfit pun macam tu. Dia kenal sorang dua jer mula-mula tu. Susah jugaklah nak mix up with the others tu mula -mula.

Tapi kali ni seronok sangat. Kami sangat-sangat rasa hapenning dengan telematch dia and our Gala Dinner. Kita ada buat contest 'Topi tercantik". Malangnya topi Mama Doyee tak menang pun. Sedih kan? Tak palah.

Part yang paling best tahun ni Aqila participate dalam telematch. Sampai menangis-nangis Mama Doyee kat tepi padang sokong dia. So... cute nampak dia yang pendek, kecil dan nampak sangat jujur.

Aqila sedang berbaris dengan budak-budak lain.

Papa: Aqila, pegi berbaris. Tangan lurus. Berbaris betul betul.

(Lepas dengar jer arahan papa dia Aqila terus luruskan badan dia, luruskan tangan dia dan berdiri tegak-tegak. Boleh imagine tak macam askar tengah berbaris. Ya Allah. Masa tu memang Mama Doyee tak boleh tahan. Lurus bendulnya anak aku ni. Perangai macam mama dia betul!)

Punyerlah berhati-hati dia berlari bawa Ping pong ball dalam sudu. Kalah Miss Universe jalan atas pentas. Terpaksalah Papa Ahfit bantu dia. Dapatlah group anak kuss itu tempat ke 3. Percaya tak? Dapat colour pencil ermm jadilah.

Papa Ahfit ikut karaoke contest dapat 2 nd prize dapatlah rice cooker. Er dulu 2nd prize jugak dapat kipas angin. Nampaknya suara tak cukup power lagilah tu asyik dapat no. 2 jer... Tengok Mama Doyee ni complain lebih plak. Nak tau Mama Doyee dapat apa? Daripada 6 telematch contest, group Mama Doyee menang 4! Boleh percaya? Biasa aa... Mama Doyee kan hero, budak kampung, bulih punya. Dapatlah hadiah err... bulihlah. Tadi kata gi Cameron tak larat kan? Yalah, Mama Doyee duduk hutan paya bukan gunung tau. Tanah rata teror la, gunung minta ampun ler. Cover... cover...

Nampaknya, next yr kalau tak ada aral melintang mungkin pegi lagi. Pasal team builing tu lagi canggih! Ramai dapat hadiah Masya Allah! Si Jay dapat HP canggih plak tu. Ada yang dapat RM 2K voucher ( tak bulih bagitau nama dia nanti kena saman! Hee. hee..). Eii bestnyer. Ha... Mama Doyee dah rasa sikit rugilah tak ikut ni. Tak pa, Insya Allah next yr kalau ada rezeki kita ikutlah plak. Harap buat kat tanah rata jer. Grrrr... sejuk pun Mama Doyee tak tahan.

Wednesday, November 21, 2007

Teringat.

" Wi call balik Da hari ni kat Hotel Ark Hill". Ni sms yang Mama Doyee terima. Tetiba rasa sedih. Tak tau kenapa. Tapi yang paling penting sms ini datangnya dari abang sulung Mama Doyee. Da yang di maksudkan adalah kakak Mama Doyee Freda.

Dalam banyak-banyak orang yang terdekat dengan Mama Doyee ada beberapa orang saje yang panggil Mama Doyee 'Wi'. Mendiang datuk, abang,kakak dan sepupu kak Nati. Even mak dengan bapak pun tak pernah panggil nama Mama Doyee 'Wi'

Tak tau dari mana datangnya nama ni. Tapi kalau Mama Doyee dengan 3 orang yang terdekat dengan Mama Doyee panggil nama ni rasa lain sangat. Rasa seperti orang tu sayang sangat, ambil berat sangat, dekat sangat dengan Mama Doyee. Sebabnya nama tu kalau di sebut lembut kedengaran dan manja. (Tapi Mama Doyee tak manja tau. Eii geli i) Expecially kalau abang Mama Doyee panggil. Mama Doyee ada seorang abang dan dia adalah satu-satunya adik beradik lelaki dalam family kami. Orangnya sangat baik, soft spoken and understanding. Percaya tak mula-mula Mama Doyee cakap nak kahwin dulu abang orang yang first tahu.
Masa tu abang tak terkejut masa Mama Doyee ada kawan lelaki dan plan untuk settle down. Dia cuma cakap " Eloklah. Cakap kat mak dengan bapak".

Abang memang kurang bercakap tapi dia boleh buat semua orang ketawa.Sebab kalau dia dah bercerita ada banyak unsur lucu di selitkan. Tetiba rindu pulak. Sentimental plak hari ni ye. Anyway, orang lain jangan panggil Mama Doyee nama ni ye. Sebab Mama Doyee geli kalau dengar orang lain panggil. Mengada-ngada kan Mama Doyee ni. Tak pelah sekali sekala.

Tuesday, November 20, 2007

Barang Lama.

U all ada tak barang-barang lama yang sampai sekarang masih di simpan even masih lagi di guna/dipakai? Mama Doyee ada cerita pasal benda -benda/barang-barang lama ni.

1. Seluar jeans biru.

Seluar ni dibeli dalam tahun 1996. Kalau dikira dah hampir 11 tahun seluar jeans ni dalam simpanan Mama Doyee. Seluar jeans ni jenis ada getah kat pinggang. So dia boleh expand and fit fr all size. Nak tau tak masa Mama Doyee beli seluar ni berat Mama Doyee is only 45kg (sometimes jadi 42kg). Yes! Very skinny macam tengkorak hidup. So Mama Doyee tak boleh pakai jeans biasa sebab tak da size! Kenalah beli yang ada getah ni.

Amazing nya seluar ni sampai sekarang Mama Doyee boleh pakai. Dan, nak pecah lubanglah ni, berat Mama Doyee sekarang 62kg! Korang bayangkanlah betapa flexibelnya seluar ni. Sangat berguna kan? Dan, condition dia pun masih ok.

2. Seluar pendek

He..he.. pecah lubang lagi. Mama Doyee ada satu short pants lusuh/buruk/koyak rabak. Seluar ni di beli sekitar tahun 1999. Sebelum masuk universiti bapa Mama Doyee belikan untuk tido katanya. Sayang punya pasal kat seluar ni Mama Doyee simpan. Ada sentimental value lah kiranya. Masuk universiti orang belikan tu.

Seluar ni bercorak kotak-kotak colour hitam putih. Masa mengandungkan si Aqila dulu tiap-tiap malam Mama Doyee pakai sampailah getahnya sedikit longgar. Bahagian bawah pulak dah terbuka jahitannya. Jadi koyaklah bahagian tu. Poket belakangnya juga dah koyak Tapi kain seluar ni sejuk dan sangat comfort. Nak tahu all my cousin, sister, mak bapak, expecially husband Mama Doyee menyampah tengok Mama Doyee pakai seluar ni. Reason dia: Macam orang gila cari makan tepi jalan. Hu..hu.. recently baru Mama Doyee reliase seluar tu tetiba jer hilang dari wardrobe Mama Doyee. Rasanya-rasanya Mama Doyee tau siapa punyer kerja ni??!!

3. Tabung kacang.

Tabung kacang ni consider harta karun Mama Doyee. Tabung ni hadiah mak Mama Doyee setelah dia dapat hasil jualan lada hitam dia. Dapat duit lebih dia belikan tabung ni. Masa tu Mama Doyee darjah 4 (1989). Tuan-tuan dan puan-puan, tabung tu masih ada sampai sekarang. Keadaan dia masih elok tapi ada lagi kat kampung. Dah dekat 20 tahun jugaklah usia tabung tu. Betul-betul nak jadi artifak sejarah kan?

Ada lagi 2-3 benda yang Mama Doyee dah lupa nilai sejarah dia. Tujuan Mama Doyee tulis kat sini kerana Mama Doyee bukan jenis pandai simpan barang. Selalunya kalau orang bagi barang-barang kecik mesti akan hilang. So kira hint lah ni kalau nak belikan hadiah tu kena besar-besar (dan mahal hee..hee..). Mama Doyee rasa ada ramai kekawan di luar sana yang lagi terror simpan barang sampai sekarang. Jangan terkejut ye.. Papa Aqila masih lagi simpan mainan Lego dia masa umur 6 tahun dulu tau. Oh dia juga ada toys soldier yang banyak-banyak tu. Cermat kan. Mama Doyee bukan tak simpan toys, tak merasa pun nak main toys dulu-dulu. Kami main pakai barang terbuang jer. Kesian.

Monday, November 19, 2007

Berbicara pasal hak.

Terbaca kisah ni kat akhbar. Actually kisah artis bercerai berai ni bukan baru. Tak tau kenapa, bukan nak follow kes perbicaraan artis ni pun, tapi terbaca kes ni kat newspaper beberapa hari yang lepas.

Minta maaflah nama artisnya tidak diletakkan. Biarlah si suami saya gelarkan Si A dan isteri si N. Mama Doyee takut kena saman!

Semasa pendakwaraya berhujah, mereka panggilah saksi. Nak dijadikan cerita mereka panggillah Kakak si suami ni. Biasalah kalau nak menang hak perebutan anak-anak ni kenalah ceritakan apa-apa sahaja keburukan pihak lawan kaw-kaw punya. Yalah kalau tak cerita macam mana nak menang?

Mungkin apa yang si Kakak ipar ni cerita betul pasal si isteri tapi patutkah?
Renung -renungkanlah ya.

Kakak A: N ni baik dengan anak-anak dia. Tapi tak cukup baik. Dia tak suka masak. Dia selalu beri anak dia makan junk food/fast food. Kalau masa nak makan tu dia akan selalu ke rumah orang. Makan kat rumah orang. Dulu dia selalu jugak datang ke rumah saya untuk makan.

Masa ni Mama Doyee teringat kat cerita Mama Doyee setahun yang lepas. Masa tak kerja. Boleh dikatakan hari-hari Mama Doyee tak masak untuk anak. Kami tapau makan apa-apa (tapi anak still makan). Dan macam cerita si Kakak ipar lelaki ni tadilah, kadang-kadang pergilah rumah kakak ipar i yang kat Kelana Jaya tu untuk makan! Orang tu dahlah pandai masak sedap plak tu. Siapa nak menolak rezeki. Kesian Aqila masa tu kan? Dia memang agak kurus tapi aktif. Tapi berlebih kasih sayang dia masa tu. Sebab boleh bermanja dengan Mama Doyee full time.

Berbalik kepada kisah artis ni, Mama Doyee jadi sedih. Sedih kat si perempuan ni. Mama Doyee sangat memahami perasan dia. Yelah, dia sanggup berhenti jadi penyanyi. Padahal masa tu nama tengah naik, semata-mata nak jaga anak dia. Tetiba jadi macam ni si suami beriya-iya nak berebut hak jaga anak!

Walaupun orang lain nampak si N ni macam tak sempurna, tahukah mereka akan erti kasih sayang seorang ibu? Bagi yang tak kahwin lagi mungkin tak terasa, tapi bagi kami (Mama Kuyin) pasti faham. Budak tu dari sebesar tapak tangan dia bela, dia jaga. Hantar amik dari sekolah. Siang malam dengan dia. Tetiba jadi macam ni si ayah nak ambil kebahagiaan itu. Mama Doyee tak boleh imagine kalau berpisah dengan Aqila walaupun sehari! Begitulah agaknya perasan si N ni.

Yang buat Mama Doyee tak puas hati tu, Si A dah kawin lain. Ada anak plak tu. Lepas tu wife baru dia tu (pada pandangan Mama Doyee ok.) garang jer rupanye. Bayangkanlah, si A mesti selalu tak ada dirumah sebab kerja. Tinggallah anak dia dengan mak tiri. Bayangkanlah, Iyalah budak tu kecil lagi dia cakap lah mak tiri dia baik. Mungkin betul baik, tapi akan samakah kasih sayang tu? Adakah kerana mak betul dia malas masak dia tak layak jaga anak-anak dia? Kenapa si bapa tu tamak sangat semua dia nak. Dia pastikah isteri baru dia dapat bahagikan kasih sayang sepenuhnya. Kesian anak-anak tu.

Mama Doyee mungkin tak berhak nak cakap apa. Seperti yang Papa Aqila cakap "kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku" Tapi mama Doyee dah warning Papa Aqila awal-awal, selisih 44 malaikat minta di jauhkan. Jangan buat Mama Doyee macam tu. Dah kau bahagia dengan orang baru, dapat anak baru, anak yang ada pun nak berebut jugak. Papa Aqila diam. Berfikir kot. Eii seram i!!

Dan yang penting sangat mungkin si N bloeh fight balik. Si Suami dulu penah ada kes mahkamah pasal gaduh. Si pelakon ni pun ala-ala gengstar jugaklah rupanyer. Eii seram i.
Tuan-tuan dan puan-puan, buat renungan sahaja ya. Ini semua atas budi bicara masing-masing ya..

Thursday, November 15, 2007

Antara dulu dan Sekarang

Cerita ni masa Mama Doyee menghadiri Birthday Party kat Subang Jaya, dalam bulan September lepas. Tempat rumah orang kaya-kaya.

Kakak A: " Pening kepala. Anak yang nak periksa, mak yang gelabah lebih. Walaupun UPSR trial jer pun tak lena tido rasanyer.

Kakak B: "Tak pe. Kita doa yang terbaik jer"

Kakak A: " Entahlah Si Halim tu (nama anak dia, nama samaran) memang kurang sikit daripada kakak dan adik dia yang lain. Tadi ayah dia semak kertas trial BM dia banyaknya dia jawab salah.

Kakak B: Kertas trial memang susah sikit. Nanti betul-betul punyer exam senang sket normally. Tadi Halim pegi tak farewell party mereka yang kat Hotel XXXX tu?(5 star hotel ok) (Masa ni Mama Doyee dah terkedu dah). Kau tengok tak anak si xxxx tu. Amboi umur baru 12 tahun dah pakai seksi meksi. Kalah subang kat telinga yang aku pakai sekarang ni.

Kakak A: Itulah, bebudak sekarang , party perpisahan pun buat kat Hotel mewah.

Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan perbualan ini disertai oleh Mama Doyee sekali. Memandangkan anak kesayangan Mama Doyee masih kecil so tak banyak cerita yang Mama Doyee boleh menyampuk sekali. Part yang paling best masa mereka cakap Farewell party "untuk budak-budak Tahun 6" buat kat Hotel!! Ye tuan-tuan dan puan-puan. Buat kat hotel 5 bintang. Ini bukan cerita rekaan. Kalau ada sedara mara yang duduk kat USJ tu tanyalah mereka. Bagi yang tak berapa mampu sangat macam Mama Doyee ni boleh kira dengan jari sebelah jer berapa kali setahun Mama Doyee makan atau menginap di Hotel.

Bagi anak-anak orang kaya ni, Hotel mewah tu umpama tempat mereka bermain jer. Ingatkan dalam TV jer ada cerita macam tu. Tapi betul rupernyer. Teringat Mama Doyee zaman baya-baya anak-anak Kakak ni. Umur 12 tahun, kalau pakai baju harga RM 20.00 tu tersangatlah mahalnyer. Teringat satu cerita:

Mak jual beras dalam 40kg. Lepas jual tu dapatlah dalam RM 140.00 Masa tu Mama Doyee baru umur 12 tahun. Kami jual beras tu kat "tamu" (pasar tempatan) bersama dua orang cousin Mama Doyee. (Cousin Mama Doyee ni agak mewah sebab bapak dia keja kat MLNG Bintulu). Mungkin masa tu mak nak balas jasa makcik (mak cousin Mama Doyee) ni sebab selalu belikan baju yang sedikit mahal kat Mama Doyee, jadi mak plan nak belikan T-shirt untuk kami 3 orang kalau beras dia laku.

Mujur beras laku. Ingat lagi masa tu kat pekan Marudi ada sederet kedai kayu. Mak bawak kami masuk kedai baju kat situ. Lucunya mak tak bagi kami pilih sendiri. Masa tu tak faham lagi. Sekarang baru tahu, mak tak kasi pilih, sebab dia tahu kami mesti amik baju yang mahal (bagi dia masa tu).

Lama jugak mak membelek baju kat situ, agaknya dia membandingkan harga yang mana paling murah. Akhirnya dia jumpa baju yang paling murah. Ingat lagi masa tu. Baju T-shirt kainnya agak jarang . Kami bertiga dapat baju yang lain-lain colour. Mama Doyee colur pink, my cousin masing-masing dapat colour biru and kuning. Tau tak harga baju tu berapa? RM 3.00 sepasang! (setelah ditawar harganya oleh mak)

Tak sampai setahun pakai baju tu dah koyak. Ye la dari baru di beli lagi kain nipis jer. Pakai plak tu hari hari nak show off baju barulah kononnyer , pantang kering pakai balik (macam Aqila sekarang nilah perangai ni). Sedih ingat masa tu. Kami memang tak mampu pakai baju cantik cantik. Kalau Hari Gawai memang beli baju baru tapi masing-masing adik beradik beli baju dalam harga dalam RM 20.00 ke RM 30.00 jer kot. Itu pun ikut seniority (he..he.. kalau abang ngan kakak tu dapatlah baju mahal sket.

Sedih kan? Sebab tu lah sekarang ni masa dah kerja Mama Doyee tak sedar diri. Sanggup berhutang beli baju mahal-mahal. Macam lepas geram pun ada. Yang kesiannya Papa Aqila, time rasa dah berhutang sangat tu mulalah memujuk rayu dia untuk tolong settlekan apa patut. Tapi sekarang Mama Doyee nak bertaubatlah. Kalau rasa-rasa nak mewah tu ingat-ingatlah masa susah dulu.

Hei... tak tau Aqila tu macam mana nanti. Sekarang ni pun dah tau melawa. Boleh bezakan mana mainan yang best & mahal dengan yang murah? Salah siapa tu? Kadang-kadang terfikir jugak Mama & Papa dia yang manjakan lebih. Mama dia suka beli baju mahal-mahal untuk dia, tapi rasa lebih baik dari beli toys mahal. Kadang-kadang geram dengan papa dia suka sangat bagi toys kat anak dia kalau si Kecik ikut cakap and jadi good girl.

Sekian cerita hari ni.

Wednesday, November 14, 2007

Kisah Aqila.

Scene 1:

Papa masuk bilik air. Berhenti sekejap di tepi pintu bilik air.

Papa: "Ni sapa lukis dinding ni?"

Aqila: "Tak tau. Mama buat kot?"

Papa: "Mama! Kenapa lukis dinding ni? Papa tak suka tau. Mama ni nak kena pukul ke?"

Masa ni Aqila dah terkebil-kebil. Muka macam nak nangis.

Papa: "Aqila good girl kan? Aqila tak penah lukis kat dinding kan?" Kalau Aqila lukis kat dinding nanti Papa pukul Aqila.

Aqila: (Sambil menjerit) "Mama yang buatlah!!!!"

Tengok tu tak nak mengaku jugak.


Scene 2:

Mama: "Kenapa semalam Aqila Kemeh (kencing) atas tilam?"

Aqila: " Taklah. Kia kencing dalam bilik air".

Mama: "Tak. Aqila kencing dalam seluar masa tidur malam tu. Habis tilam basah. Nanti kalau Aqila nak kencing cakap tau".

Aqila: "Sapa cakap Kia kencing. Kia pandai tau. Kia kencing dalam bilik air."

Tengok tu.. sekali lagi tak mengaku.


Scene 3:

Masa nak pegi jalan-jalan dengan papa dan masuk dalam kereta.

Mama: " Aqila duduk belakang lah. Susah duduk sekali kat depan ni. Sempit.

Aqila: "Tak buyeh (boleh)lah mama. Banyak barang kat belakang ni. Duduk depan jer lah"

Alasan lagi...

Monday, November 12, 2007

To be continue

Ya Allah! Hilang rupernyer cerita yang dah ditaip panjang berjela tu. Isk isk penat tau. Oklah ini sambungannya. Yang original version tu lagi best sebenarnya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekali lagi Mama Doyee berlagak seperti askar. Kalau yang baca previous post tu pasti faham! Dalam keadaan hujan renyai-renyai, sungai tu kata orang ada buaya, air paras dada kami pun redah. Degilnya masa tu langsung tak takut. Allhamdullilah sampai gak kat seberang. Yang sadisnya kami nampak seorang Pak cik dok lepak kat 'Ruai' rumah dia sambil hisap rokok. (Actually betul-betul seberang sungai tu ada rumah panjang) Nak minta dia hantarkan segan pulak . Masa tu dah hampir pukul 11 pagi.

Kami pun memulakan perjalanan yang panjang penuh cabaran ni. Hampir sejam gak meredah hutan tebal ok. Bukan yang semak samun, bukan yang nipis tipis tu, tapi hutan dara kata orang. Yang langit pun tak nampak. Yang sentiasa redup dan sometimes gelap. Kami sampai kat satu kebun orang. Tetiba kami nampak satu kelibat manusia, lelaki, tua tengah terbongkok-bongkok ambil air di lopak sungai kecil. "Aki (means atuk) kami nak balik Segenok ni. Jalan ni betul ke?"

" Dah jauh sesat kamu berdua ni, patah balik ikut satu lagi denai kecil tu".

"Sesat! Biar betul. Patah balik? Lutut dah lembik ni tau." Dah lah perut lapar giler. ( Mama Doyee)

"Jalan je lah" (Emma)

Sambung perjalanan kami lalu di satu kawasan tu, gelap, sejuk, laluan kaki dia sangat unik sepanjang laluan tu kita akan memijak air. Macam lalu ikut parit kecil tapi air dia sangat jernih. Akhirnya kami sampai di satu pondok buruk.

"Ada orang tak?! Boleh kami tumpang tanya?"

Tiba-tiba tuan-tuan dan puan-puan muncul satu kepala melalui celah-celah dinding yang diperbuat dari kulit kayu yang terkopak. Ya Allah nak terduduk pun ada tengok muka nenek ni. Rambut dia kusut masai, gigi dia rompang, mulut dia herot. Macam hantu. Betul macam hantu. Dah lah tengah-tengah hutan kenapa lah kami tak jumpa orang yang biasa-biasa ajer, jumpa yang muka lawa muda jelita pun tak nak jugak. Yelah ini hutan jumpa this 2 type of person agak-agak apa nak buat? Nasib baiklah dia reti bercakap. Dan the way dia bercakap tak delah macam nenek kebayan bercakap, biasa jer. Yang tak best nyer nenek tu cakap:

"Cu, dah jauh sesat ni" Hah sekali lagi? Lain kali jangan ikut 'genting' (denai kecil berair)tu. Ikut jalan yang satu lagi. Hati-hati denai kecil tu tempat budak pompuan mati bunuh diri. Jangan cakap banyak lalu tempat tu."

Tengok nenek ni. Dah lah muka huduh, cakap tak berlapik plak tu. Nenek, pleaselah . Kami baru berumur 13 tahun masa tu. Consider budak lagi. Sesat plak kat hutan, kenapa kena cakap yang bukan-bukan. Bukannya nak offer hantar balik ke apa. Eii kalau dia offer pun kami tak sanggup!

Tetiba Mama Doyee perasan Emma menangis.

"Ma, kenape kau nangis?"

Sambil kesat air mata and hingus dia " Aku takutlah. Bapak aku cakap mereka nampak mak beruang ngan anak dia masa berburu kat hutan ni tak lama dulu"

Oo... barulah Mama Doyee perasan orang kampung tak takut hantu. Emma takut kat binatang buas jer. Padahal Mama Doyee dah nak terkucil takut kat cerita nenek tu tadi. Cess! Yang peliknya masa tu Mama Doyee tak fikir apa sangat pun. Yang penting aku balik jumpa mak bapak aku.

Akhirnya kami sampai kat tempat orang tengah riuh rendah tanam padi. At least mereka ni tak lah tua sangat baya-baya mak bapak kita. Kami dah tak tahan, kami minta mereka hantar balik. Malangnya kami kena tunggu mereka habis buat kerja baru boleh hantar balik. Pukul 6 petang baru kami bertolak. Sampai rumah hampir pukul 8 malam
Yang ironis nya tuan-tuan dan puan-puan kami kena bertolak balik awal-awal pagi esoknya. Sebab budak asrama kena balik dan sampai kat asrama sebelum pukul 2 petang. kesian kan. Setelah penat lelah, bertarung nyawa , masuk hutan keluar hutan tak sampai 24 jam pun kat rumah dah kena balik lagi. Inilah padahnya degil sangat.
Sedih tau ingat balik masa kami sesat tu kami share makan sebijik pau perisa kopi plak tu. Dah lah tak bawak air, kami minumlah air sungai. Tapi air dia dijamin bersih dan fresh! Apa khabar agaknya si Emma sekarang? Mesti dah kawin dan beranak pinak agaknya. Sampai di sini dulu cerita kali ni. Lama tau nak tulis pasal pengalaman ni berapa kali tulis and saved. Itu yang sampai hilang tu. Hee.. hee..

Thursday, November 8, 2007

Antara Retro Nite and Nostalgia Lama.

Lama giler Mama Doyee tak menulis kat blog ni. Maklumlah sejak dua menjak ni kesihatan sungguh tak mengizinkan. Mama Doyee hilang suara!!!! OMG. Deritanyer hanya Tuhan yang tahu. Yang lucunyer Si Aqila macam faham-faham mamanyer tak keluar suara dia makin ligat buat perangai. Ape lagi kite ni nak menjerit pun suara tak keluar sukelah gamaknyer budak tu.
Oh! Cerita pasal BB dinner lucu pun ade. Mama Doyee dalam suara tak keluar tu ada hati jugak pegi joint the dinner. Ape nak buat nak sangat menang lucky draw and enjoy ngan kekawan. Nak tengok gambar pegilah jenguk blog Mama Kuyin. Mama Doyee tak dapat dapat nak transfer gamber kat blog ni. Kesian kan?
Semalam sembang-sembang ngan adik Mama Doyen sambil meratah daging beef yang Mam Doyee grill. Kami pun mengimbaslah zaman kecik-kecik dulu. Adik Mama Doyee ni consider zaman sekolahnyer she always become a new girl in the school. Sebabnya hidup kami masa dia sekolah rendah dulu selalu berpindah randah. Bayangkanlah sejak umur dia 7 tahun sampai 18 tahun dia dah bertukar ke 8 sekolah! Tapi yang respectnyer kat dia tak pernah pun tengok dia tension, rindu maut kat family masa tukar sekolah tu. Yela kami adik beradik semua kena duduk asrama.
Cerita pasal asrama ni teringat masa mula-mula Mama Doyee berpindah sekolah kat Kapit. Sekolahnya nun jauh di hulu sana. Sungguh merana pada masa iteww.. Hari-hari Mam Doyee nangis. yelah walaupun sebelum tu (dengan Home town) duduk asrama tapi kami boleh balik hari-hari. Tapi kat sekolah baru ni sebulan sekali barulah boleh balik. Boleh bayangkan tak?!!
Nak dijadikan cerita, pada satu hari di hujung minggu Mama Doyee ajak seorang kawan (actually budak kampung tempat bapa mama Doyee mengajar) balik curi-curi. Sebelum tu biarlah Mama Doyee cerita betapa jauhnyer pulak tempat bapa Mama Doyee mengajar tu. Nun jauh di ceruk dunia. Kena naik bot express (macam yang karam kat Pulau Tioman itu hari) pas tu naik perahu panjang. Amik masa dalam 5- 8 jam jugaklah perjalanan nya. Ini tak termasuk kalau kebetulan sungai kecik tu air nyer cetek. kalau airnyer cetek terpaksalah tarik perahu panjang tu barulah perahu tu boleh bergerak. Hebat kan?
Sambung cerita balik curi-curi tu. Kebetulan minggu tu bukan minggu budak-budak asrama balik, dengan tekadnya Mama Doyee dan kawan Mama Doyee , Emma namanya balik. Kami naik bot express (transport ni sentiasa ada) sampai di muara sungai tak ada perahu panjang untuk ke hulu! Sebabnya kalau nak balik, normally parent akan amik anak-anak mereka siap-siap so means that transport tu kena inform awal-awal dulu kalau nak balik baru ada!
Sampai di muara sungai tak ada transport! Sudah! Sungai tu kat muara memanglah lebar compare kalau dah makin ke hulu. Ni standardlah. kalau yang belajar Geografi tu mesti faham kedudukan sungai kan.
Nak dijadikan cerita di muara tu bot express tu berhenti di seberang sungai. Kita punyer rumah kalau ikutkan adalah kat seberang. Masa tu hujan renyai-renyai. Masa sampia kat muara sungai tu pun dah pukul 3 pm. Sekali lagi dengan nekadnyer kami menyeberangi muara sungai dalam keadaan air yang separas dada sambil menjunjung beg baju di atas kepala. Sekali lagi tuan-tuan dan puan -puan Mama

Tuesday, October 30, 2007

Rumah Terbuka

Hai lama tak menjenguk blog ini. Mama Doyee sibuk sket minggu ni. Alhamdullilah rezeki lebih tahun ni Papa Aqila cadang buat rumah terbuka. Ramai jugak kengkawan yang datang. Walaupun penat tapi seronok. Aqila mood tak berapa elok tapi masa geng dia datang dia layan jugakla main. Tetamu datang sampai pukul 10 malam. Kalau ikutkan dari pukul 11.00am - 4pm tapi biasalah ada yang tak dapat datang siang datanglah sebelah malam. Terima kasih kerana datang. Banyak makanan yang tak habis.Mama Doyee agih -agihkan bagi kat jiran-jiran.

Lepas rumah terbuka tu baru perasan Aqila tak berapa sihat. Kesian dia. Penat sangat kot. Badan panas. Biasalah bebudak demam panas, batuk, selsema sentiasa datang setiap tahun. Tak boleh nak elak. Teringat kawan pernah cerita " Esok kalau dah sekolah lagi kerap sakit, sebab berjangkit dengan each other". Entahlah, harap-haraplah sentiasa sihat hendaknya. Amin.

Wednesday, October 17, 2007

Kisah Zaman silamku...

Tetiba teringat zaman belajar di UM dulu. Tak tau kenapa. Pejam celik pejam celik dah 7 tahun Mama Doyee duduk kat KL. Ermm macam tak lama sangat kan? Dari zaman anak dara vogue sampailah ke zaman mak budak nampaknya banyak yang berubah. Baru baru ni Mama Doyee jumpalah kawan-kawan 1 university dulu. Sebenarnya mama Doyee cuma ada 3 orang best friends sahaja. Salah seorang tu duduk menetap di JB. Tinggallah 2 orang sahabatku iteww.. Banyak yang kami bualkan. Kalau dah jumpa semua kisah lampau akan diungkit. Teringat mereka cakap " Hanglah yang paling kelam kabut"! Betul Mama Doyee kelam kabut. Meh aku share beberapa kisah lucu mama Doyee di university & College (Asrama pelajar).

Kisah 1:

Baru sampai di UM orang kampung tak tau pantry untuk basuh baju itu apa. Mama Doyee basuh baju dekat shower room. Siap cuci lantai dia bersih2 dan bayangkan betapa seksanya tadah air pakai air shower. Bayangkanlah seksanya tunggu baldi baju penuh sebab air dia kan macam air hujan. Hu..hu...hu..

kisah 2:

Minggu orentasi Mama Doyee pakai baju kurung kain tebalik . Angela (My best friend now) tegur. "Awat baju hang colour dia ceria tapi kain dia macam faded?" (Kain tebalik punya pasallah tu) Lepas tu kami bebaris amik baju kurung batik kat auditorium, Mama Doyee yang kelam kabut ni tak sabar2 pegi potong barisan last2 banyak barang yang mama Doyee tertinggal lupa amik. Sebab kita kena pegi dari satu kaunter ke satu kaunter kutip faillah, kutip buku acaralah, kutip maggie mee (betul mee sponser. Tak caya pegi belajar kat UM). tapi Mama Doyee dok ingat amik baju jer. Apa lagi menonong pegi ke kaunter amik baju tapi lupa amik barang lain. Pak guard tegur :" Dik pegi bebaris elok-elok banyak lagi harta benda adik tak kutip tu. Orang bukan bagi baju jer dik!" Eii malunya, patah balik kat barisan Angela plak tanya " Hang pi mana? La awat hang pi laju sangat, baju hang saiz dah pilih belum?! Mama Doyee nak menangis, ramai tu siut dalam dewan. Kurang2 ada jugak 1 - 2 ribu orang. Gila nak patah balik. Last2 sebab kelam kabut punyer pasal Mama Doyee dapat baju kurung saix XL. Jadilah macam baju pinjam.

Kisah 3.

Kat library. UM library tu penah nak tebakar satu masa dulu. Tapi sikit jer bukan yang besar-besar. Lepas peristiwa tu kami pun macam bejaga jagalah. Cheewah! Pada satu hari Mama Doyee kononya tengah kusyuk membaca buku bersama kawannya Si Leila. Tiba-tiba siren kecemasan berbunyi. Pandang muka kawan tu kejap, kemas buku cabutttt... Masalahnya kami berdua yang the first couple yang lari. Yang lain tengok si kelam kabut lari apa lagi... semua lari. Nak dijadikan cerita, memandangkan library UM tu agak canggihlah jugak. Sebab siren berbunyi dia punya pintu kecemasan (yang macam pintu kedai yang boleh ditarik tu) turun automatik dengan agak cepat jugak.
Mama Doyee si kelam kabut ni apalagi ... Pintu tu dah turun agak rendah tinggal beberapa inci lagi nak tertutup tapi Mama Doyee kan heroin filem Hindustan Mama Doyee apalagi terus meniarap macam askar tu dan merangkak cepat cepat kesebelah dan sungguh terror pintu tu terus tertutup. Teringat filem The Mummy masa hero dengan heroin tu cabut lari dari pintu gua sebelum meletup tu.. Ha macam tulah gayanya Mama Doyee lari. Jeng...jeng...jeng... dengan muka pucat lesi sebab takut mama Doyee tengok kawan mama Doyee si Leila. Dengan muka hairan dan tak faham dia pandang Mama Doyee dan tau tak anda sekalian ? Ada pintu kecik untuk laluan pejalan kaki tepi emergency slide door tu rupanyer.. Erkhhg!!! Malu dan geramnyer. Rupa rupanyer kawan aku tu dengan muka biasa jer jalan pelan-pelan lalu ikut laluan kecik pejalan kaki tu sambil memandang ke arahku iteww yang bersungguh-sungguh merangkak mempertarungkan nyawa tersepit di bawah pintu kecemasan itewww. Dah lah international student banyak giler masa tu. Hai sahlah orang kampung. Yang bestnya ada 2- 3 orang yang sama kelam kabut dan satu team dengan Mama Doyee lalu ikut pintu tu. Terima kasih kerana mengikut ajaran sesat mama Doyee.. He..He...He...

Kisah 4.

Mama Doyee pernah tawaf keliling block 7th college pukul 5.30 pagi sebab tak jumpa tempat sidai baju. Habis rumah principal (banglo kecik dia) Mama Doyee pusing rupa-rupanya tempat sidai baju actually kena turun ikut 1st floor instead of ground floor. Sungguh canggih asrama dia kan. Benci!! 7th college rindu nak pegi tempat ni lagi tengok sekarang ada apa kemajuan tak?!!

Kisah 5

Mama Doyee terkejut beruk sebab lepas makan Mak cik kantin dewan makan akan basuh pinggan kami. Kesian Mak cik tu dah lah tua baya baya mak Mama Doyee. Mama Doyee jugak pernah kena sound dengan Mak Cik dewan makan yang kami gelarkan Mak cik Thunder cat (sebab dia garang dan kerja dia tanda card laporan makan kami) sebab pakai baju seksi masa makan. Ermm kelam masa depan. Tapi Mak cik Thunder cat Masak nasi ayam hari Sabtu sangat sedap! Pandai dia so semua orang akan makan nasi pada hari Sabtu beramai ramai tak dak lah membazir sebab kadang kadang hari biasa malas turun kantin dan makan.

Dahlah tu. Tak elok tau korang baca banyak sangat kisah keburukan Mama Doyee. Next time Mama Doyee cerita lagi yaa...

Hari Raya Vs Hari Gawai

Selamat Hari Raya. Raya tahun ni semua family sebelah husband beraya di rumah kami di KL. Meriahlah rumah kami dengan kedatangan para sehabat handai. Orang yang paling seronok siapa lagi Si Aqilalah. Hilang sakit peningnya, dengan hingus meleleh-leleh dia tetap bersemangat bermain. Sampai satu tahap dia tidur berdengkur-dengkur. Penat sangatlah tu. Hari Raya ni teringat kat Raya yang disambut oleh family i. Hari Gawai . Dari segi makanan tak banyak bezanya. Pagi Raya kena bangun awal even malam sebelum Raya dah siap masak daging dan ketupat / lemang. Bezanya Raya di Kuala Lumpur lemang dan ketupat boleh beli dan ada yang instant. Tapi kalau balik Gawai segala-galanya kami buat sendiri. Dari basuh beras sampailah ke masak lemang. Seronok kalau hari perayaan macam ini. Dulu Mama Doyee penah tanya hubby, "kenapa kena bagi duit Raya". Papa Aqila cakap saje untuk memeriahkan Hari Raya. Teringat masa Gawai, kami tak pernah dapat duit Raya di Hari Gawai. Kenapa tak cuba jer tradisi ni. So lepas kahwin 1st Gawai kami pecah tradisi plak bagi duit Gawai. Seronok tengok anak-anak buah melompat-lompat dapat duit Gawai. Erm... betullah budak-budak akan rasa lagi happy dan kita yang dewasa rasa lagi meriah menyambut perayaan sebegini. Sampai sekarang kalau balik Gawai anak-anak buah siap tunggu lagi sebab mereka tahu mereka akan dapat duit Gawai.
Tak banyak beza sebenarnya apa perayaan pun yang kita sambut di Malaysia. Akan ada juga acara ziarah menziarahi, pakai baju baru dan buat kuih raya. Cerita pasal kuih Raya mama Doyee buat 6 jenis biskut Raya tahun ni dan sebijik cake buah kukus (Cake Mawar Hitam namanya). Sakan sangat kata Papa Aqila. Tak apalah janji Happy. Yang paling laku Biskut Cornflakes mama Doyee Mak Mentua siap minta satu balang penuh lagi. Macam maner?
Selamat hari Raya.....

Wednesday, October 10, 2007

Hari Raya & Aqila sakit

Sedihnya. Betul jugak apa yang my maid cakap " Kesian Adik setiap kali ada acara yang mengembirakan dia mesti sakit. Dulu sebelum pergi Langkawi Adik cirit birit, sebelum balik Sarawak, adik demam panas, sekarang sebelum Raya Adik demam panas lagi". Ermm.. nak buat macam mana. Semalam dia tak tidur nyenyak siap mengigau-ngigau lagi. Panas badan tak turun takutnya mama tengok. Risau sebab budak kalau demam panas bahaya. Kesian tengok dia tidur terngaga-ngaga tak bloeh nak bernafas n hidung tersumbat. Perasan lepas tu ada 'big round ulcer' kat mulut dia. Semalam kami berbuka puasa fast food aje. Teringin makan MC D burger dan pizza. Papa dia makan dengan banker kat Planet Holloywood lagi u! Mama Doyee dah warning awal2 tak boleh lama-lama anak demam. (Alasan jugak sebenarnya jealous) Dah promised dengan my off mate buat cake tapi keadaan tak mengizinkan minta maaf lah semua ye.. Insyaallah lepas Raya nak ajak semua kenalan datang rumah makan-makan. Masa tu Mama Doyee akan buat 1 cake. Selamat Hari Raya for all my Muslim Friends.

Hamper Raya

Rezeki Raya tahun ni. Papa dia bawak balik agak lumayan jugaklah hamper Raya tahun ni. Mula-mula Hamper barangan Famous Amous . Lepas tu datang lagi 3 hamper raya kat rumah. Aqila apa lagi terlompat lompat si kecik tu nampak hamper. Yela semua nya chocolate and cookies dalam tu. Mama dengan 'kakak Kayie' (My maid) pening nak sembunyikan kat mana semua hamper tu. Sebab selagi tak bukak and dia rasa semuanya tak sah! Alhamdullilah setiap tahun kami dapat hamper raya dari Papa's Aqila punyer company supplier.

Thursday, October 4, 2007

Sayangilah Bumi Kita.

Last week kami anak beranak bejalan- jalan dan mencuci mata di KLCC. Mula-mula tu papa & mama janji tak akan beli apa-apa sebab Raya punya persiapan dah complete. Mama Doyee tunaikan janji tapi Papa Ahfit (nama glamor Papa dia masa zaman Mat Rempit dia dulu) tak tunaikan janji. Dia sudah jumpa itu satu baju dekat Parkson, dia sudah berkenan dia pun sapula. Dalam hati Mama Doyee cakap " saborla... ada discount baju tu walaupun 10% jer". Bukan pasal baju yang papa beli tu yang nak di jadikan cerita tapi pasal kelainan service yang Parkson sediakan. Daripada amoi promoter baju yang cantik dan lemah lembut , sampailah ke counter bayaran. Cashier balut baju tu macam nak bungkus hadiah. Lepas tu kertas bungkusan dia, saya rasa kalau beli pun mesti sehelai tu dekat RM 0.50 cost tu. Lepas tu lagi best dia bagi sticker lagi kat beg kertas kita. Perasan tak kawan-kawan yang duduk KL. Sticker tu pun bukan yang cincai - cincai tau. Siap colour emas dan ada ukiran lagi. Kelasss siut. Lagi satu hebat, receipt yang kita dapat pulak dia lipat cantik - cantik and masuk envelop yang cantik dan cost dia pun rasanya dalam RM 0.50 jugak. Rasa-rasa untuk cost rapping ni berapa agaknya Parkson belanjakan. Perasan jugak sejak beberapa bulan dulu Parkson KLCC tukar concept segala-galanya. Dah tak ada brand yang murah-murah. Ingat lagi dulu i beli botol susu Aqila harga RM 5.30 jer kat KLCC Parkson. Tapi sekarang susah nak dapat yang murah macam tu. Mungkin ada tak perasan sangat. Dulu dapat lagi beli baju longok-longok kat situ sekarang minta maaf dah tak ada lagi ok. Mungkin strategi Parkson, tapi kita still boleh jumpa Parkson yang kelas 2 kat Bukit Bintang and others place. Tak tau lah apa rupa Parkson kat Pavillion yang baru tu ye. Manalah tau rapping paper dia ada salut emas? Teringat masa papa Aqila pegi Jepun dulu dia beli candies . Ya Allah dia punya box and the way mereka balut candies tu rasa sayang sangat nak bukak and makan. Sangat cantik dah indah. Sedangkan candies tu untuk jualan biasa biasa jer bukan untuk hadiah. Sayang i tak amik gambar candies tu. Mungkin Malaysia nak ke arah negara Maju. Makin lama makin advance . Tapi kadang -kadang terfikir jugak tak membazir ke semua ni. Dan makin banyaklah pokok pokok yang kita tebang ye. Terbaca kat laporan akhbar punca gempa bumi banyak berlaku dan Malaysia kerap kali terasa tempiasnya sebab bumi dah berat. Kita banyak tebang pokok and banyak buat bangunan. Bumi kita berat. Kesian kan.

Thursday, September 27, 2007

Pukul 3 pagi

Tak tau la pasal apa, geram pun ada. Pukul 3 pagi my maid ketuk pintu. Dalam mamai-mamai i pun keluar la. " Kenapa ni?" Ibu, ibu ada taksi kat luar rumah. Dia tekan loceng banyak kali lah ibu". Aku apa lagi, terbeliaklah bijik mata. "Hah! Teksi? Dinihari buta macam ni? Gila ke apa. Entah -entah sedara mara aku datang dari Sarawak tak? Tapi takan lah datang tak call dulu. Cepat-cepatlah Mama Doyee kejutkan Papa. Orang tua ni lagi teruk, (nak pecah rahsia dia dulu) dah lah kelam kabut pas tu asyik tanya soalan sama " Mama, mama sapa, teksi datang untuk apa?" Eh this question bukan sekali tau dia tanya i, kalau kira dari dia bangun dari katil sampailah dia buka pintu rasanya 4- 5 kali jugakla. Rimas! Bukak-bukak pintu terjojol kepala dua orang pak cik. Eh rasa rasa macam kenal. Tak kan lah pak sedara aku datang dari Sarawak. Because this pakcik pakai baju hampir -hampir sama dengan baju kegemaran para pak cik pak cik termasuklah bapakku kat Sarawak. Ala baju brand macam Crocodile / Durban tu ... Nasib baiklah aku tak jerit nama pak cikku iteww. Kalau tidak mana Mama Doyee nak letak muka dia ni? "Eh betullah Papa, ada teksi" Assalamualaikum! Ni pagar umah ni rosak ke? Ke biar tak tutup jer? (Tengok, hebat kan bahasa Pak cik teksi merah ni. Macam perli pun ada) " Tak lah pak cik. Lupa tutup lah tu" My hubby jawab dengan ramahnyer. "Kami berenti ni pasal nampak pagar umah ni tak tutup rapat. Ingatkan rosak ke apa. Risaulah sekarang ni bayak pecah rumah" Baik pulak pak cik ni. Inilah senerio kat kawasan rumah i sekarang. Actually pak cik -pak cik ni volunteer jadi jaga malam termasuklah Papa Aqila. Sebab banyak kes pecah masuk rumah. Hari tu masa Papa balik terawih my maid lupa nak tutup balik pagar rumah. Mama Doyee teruslah bagi ceramah kat satu family (next day) make sure siapa yang suis on the gate must suis off balik. Dah dua kali jadi macam ni. Dulu lagi teruk terbongkang luas pagar rumah rumah tu tapi 'jaga malam masa tu' sungguh tidak bertanggung jawab sebab tak kejutkan kami satu family. Tak kisahlah dia meronda pakai taksi ke, bus ke. Nak tegelak pun ada, terkejut siut kul 3 pagi teksi parking depan rumah. Rupa-rupanya pak cik tu keje dia bawak teksi, tapi hari tu dia on duty buat rondaan. Thank you pak cik!! Lepas tu papa Aqila cakap " Hai masuk dalam report lah rumah kita ni - nanti reason mereka cakap cuai!" Habis tu dah memang cuai. Nak buat macam mana. Tu pun nasib baik tak ada orang masuk rumah, kalau tak....????

Tuesday, September 25, 2007

Hari ni Papa Aqila punyer Birthday. Happy Birthday papa. Aqila buat Bithhday Card untuk papa dia. punyer la seronok si kecik tu. Yela masa nilah dia mencurahkan segala idea kreatif dia. Sometimes funny tengok perangai si Aqila ni. Semalam Papa belanja makan kat Putrajaya Seafood. Tempat tu kat dalam Taman Botani kalau tak silap. Kalau kawan kawan tak pernah dengar pasal tempat ni i pun tak tekejut sebab dalam hutan. Kalau first time datang mesti tak jumpa jalan. Anyway My lovely hubby dah 31 tahun . Muda lagi... Ehemm

Sunday, September 23, 2007

Rezeki di bulan Ramadhan agaknya. Nak di jadikan cerita my Hubby cakap company mereka plan nak bagi Corporate Gift sempena bulan Ramadhan ni kepada client-client or company partner etclah. Papa Aqila cakap dia plan nak beli aje that 'gift' and estimate the price is around RM 50.00 Apalagi keluarlah idea bernasku. "Papa, apa kata mama buat?" Buat pengetahuan semua Papa Aqila always tak percaya dengan kebolehan terpendam i. This is the answer "Mama buat, kalau apa yang mama buat macam harga RM 50.00 papa bayar. Kalau kurang papa bayar kurang". So.. apa lagi. Green light. I terus gi Nilai 3, borong the 'bekas' macam mangkuk tingkat but buat dengan rotan i think?!! Beli reben, beli small but cute flower and gum. Masa i beli semua tu pun dah petang. Ajak my hubby gi Giant and beli kurma + biskut raya. Sampai umah paksa my sister and maid buat sampai kul 12 tengah malam. Kesian buruh paksa i tu. Untung semua tokeh pompuan amik buruh paksa dapat makan free special sket. Akhirnya, siap!! Oh sungguh tak sangka my hubby cakap ok dia bagi RM 50.00 each x 30 gifts!! Mama Doyee kaya. Yeaa. Murah rezeki Amin... Nanti i belajar insert photo kat sini yea.. Tunggu.

Thursday, September 20, 2007

Halooo....

Ehem!! Tak tau nak cakap apa. Kelass siut first time create blog siap boleh buat 2 version sekaligus. Version 1 limited untuk suku kaum ku sahaja. Iban language, ha... 1 lagi inilah dia Bahasa Melayu rojak. Tak banyak cerita lagi kita tunggu dulu... Teringat first time dapat buat this blog i dengan Mama Kuyeen (my off mate) terjerit-jerit kegumbiraan setelah berjaya mereka blog sendiri.