Monday, February 11, 2008

Kisah Aqila Lagi...

Kadang-kadang perangai anak kecil memang tak terduga. Masa mula-mula kahwin dahulu selalu sangat imagine nanti anak aku dah besar, boleh cakap dia mesti akan tanya aku macam-macam. Dan mulalah Mama Doyee imagine the question yang selalunya mengambarkan anak aku pandai dan hebat. Rerupanya apa yang aku selalu angankan menyadi nyata dan apa yang di tanya oleh si kecil jauh lebih hebat daripada imiginasi mamanya.

Ini soalan terbaru daripada Aqila:

Scene 1:

"Mama ada baby tak?"

"Ada".

"Mama kahwin dengan Papa ke?"

" Eh mana Aqila tau tanya macam ni? Siapa ajar?"

Aqila gelak!

Scene 2:

"Mama cepat cium Papa. Cium macam Princess cium Prince tau. Please Mama"

"Tak nak lah. Papa busuk"

Aqila cepat-cepat lari kat Papa dia dan cium mulut Papa dia.

"Tak busuklah Mama. Cepatlah cium Papa macam Princess buat tu".

Mama: ???!!!

Kekadang banyak sangat menonton Disney punyer cerita ni etc: Cinderella, Little Mermaid ni pun tak bagus. Mulalah anak dara ku iteww berangan-angan tak sudah.


Scene 3:

"Papa, pegi dancing dengan Mama macam Belle buat". (Belle tu nama princess Beauty and The Beast).

"Ha Mama, cepat dancing." Papa pula mengarah.

Mama Doyee pun bangun dancing dengan Papa depan Aqila, anak-anak patung dia dan 2 ekor kura-kura kesayangan dia.

"Ha.. macam tulah Mama. Baru best". Aqila tengok sambil menompang dagu dia.

Scene 4:

"Mama keja kat mana?"

"Kat Putrajaya"

"Putrajaya dekat mana?"

"Putrajaya dekat Selangor"

"Selangor dekat mana?"

"Selangor dekat Malaysia"

"Malaysia dekat mana?"

"Aqila sayang, Mama keja kat Putrajaya. Putrajaya tu dekat Alamanda shopping mall. Tempat Aqila makan ais krim hari tu. "

"Ooo Alamanda. Mama cakaplah dekat Alamanda"

Kesian anak aku. Kat lot kedai manalah dia nak imagine aku duduk keja. Next timelah aku bawa dia berjalan-jalan ke office. Susahnya nak explain kat budak umur 3 tahun sesuatu tempat. Ini conversation btw Aqila dan Papa dia. Lagi teruk orang tua tu melayan dia.

Scene 5:

Satu petang yang indah kami lalu di kawasan perumahan di Puchong.

"Papa, ni rumah siapa?"

"Rumah Pak Kasim Selamat, kepala botak gigi jongang" Papa jawab.

"Ooo rumah Pak Kasim" Aqila senyum sambil menganguk-angukkan kepala dia tanda faham.

Hai kesian anak Mama, Papa kalau dah malas melayan anak gituler jawabnya.

Aqila, Aqila. Esok dah besar orang cerita balik mesti tak percaya.

Monday, February 4, 2008

Kisah Papa Aqila dan Aqila - Monk

Apa topic kali ni. Ha nak bercerita pasal Aqila dan papanya. Entah lah kenapa lately ni baru Mama Doyee perasankedua-dua insan yang disayangi ni ada ciri-ciri si Monk! Pernah nampak tak this drama slot? Memang Mama Doyee dan Papa Aqila suka drama ni. Kenapa macam Monk? Monk ni kan pembersih, sangat particular, sangat cerewet, dia pintar sebenarnya sebab sikap dia macam tu kita tengok dia macam bodoh-bodoh alang dan perangai dia sangat irritating.

Papa Aqila si Monk:

1: Semasa membuat bayaran di kaunter pembayaran exspecially kalau membeli barang-barang dapur/rumah, Papa Aqila akan asingkan barang kering dan basah dahulu. Selepas itu, dia akan susun botol dengan botol, plastic dengan plastic, even coklat anak pun dia asingkan dan susun ikut saiz. Sangat cantik susunannya tuan-tuan dan puan-puan syahdu tak?

2. Ini menurut rakan sekerjanya: En Shahril semasa meeting tangan kiri akan memegang tissue sambil mengelap meja. Ya, Mama Doyee akui, di rumahpun begitu. Sebab itulah kami membelanjakan wang yang banyak untuk membeli stok tissue.

3. Mula-mula kahwin nak tergelak pun ada. Dia akan pergi kerja, tuck in kameja dia dan part ini ambil masa yang agak lama. Kadang-kadang almost 1- 2minutes! Alasannya tak kemas, senget dan seumpamanya?

4. Papa Aqila akan tenyeh mulut anak dia sampai merah (kalau anak makan makanan dan comot) untuk bersihkan muka anak dia.Kesian tak budak tu? Dan dia tak kira kalau anak comot sikit (walaupun di shopping mall) dia akan jerit suruh kita bersihkan anak tu dan dia kalut mencari wet tissue. Bayangkan kalau dia bersihkan anak selepas tuttt... 2 3 kali dia bilas dengan air sabun.

5. Buat pengetahuan anda semua keadaan kebersihan kereta Papa Aqila 20 kali ganda bersih dari kereta Mama Doyee.


Ini pulak cerita Aqila si Monk

1. Aqila paling pantang kalau seluar panjang dia ke, baju labuh dia ke terlipat. Dia akan betulkan/luruskan dahulu bahagian yang terlipat selepas itu barulah dia akan teruskan aktiviti dia.

2. Lucunya, Aqila kalau langgar sesuatu benda dia akan letak balik barang tu kat tempat dia langgar benda tu. Walaupun benda tu tak sepaptutnya di situ.

3. Aqila tak akan keluar rumah tanpa memakai selipar/kasut. Never! Dia sangat penggeli orangnya.

4. Aqila akan berpeluk tubuh, atau rapatkan tangan dia rapat-rapat kebadan kalau masuk ke tandas awam. Dia takut tersentuh bahagian dinding atau pintu tandas.


Hai... saje je teringat pasal 2 insan tersayang ni. Mama Doyee pulak jenis tak kisah. Tapi bukanlah tahap pengotor.