Monday, February 4, 2008

Kisah Papa Aqila dan Aqila - Monk

Apa topic kali ni. Ha nak bercerita pasal Aqila dan papanya. Entah lah kenapa lately ni baru Mama Doyee perasankedua-dua insan yang disayangi ni ada ciri-ciri si Monk! Pernah nampak tak this drama slot? Memang Mama Doyee dan Papa Aqila suka drama ni. Kenapa macam Monk? Monk ni kan pembersih, sangat particular, sangat cerewet, dia pintar sebenarnya sebab sikap dia macam tu kita tengok dia macam bodoh-bodoh alang dan perangai dia sangat irritating.

Papa Aqila si Monk:

1: Semasa membuat bayaran di kaunter pembayaran exspecially kalau membeli barang-barang dapur/rumah, Papa Aqila akan asingkan barang kering dan basah dahulu. Selepas itu, dia akan susun botol dengan botol, plastic dengan plastic, even coklat anak pun dia asingkan dan susun ikut saiz. Sangat cantik susunannya tuan-tuan dan puan-puan syahdu tak?

2. Ini menurut rakan sekerjanya: En Shahril semasa meeting tangan kiri akan memegang tissue sambil mengelap meja. Ya, Mama Doyee akui, di rumahpun begitu. Sebab itulah kami membelanjakan wang yang banyak untuk membeli stok tissue.

3. Mula-mula kahwin nak tergelak pun ada. Dia akan pergi kerja, tuck in kameja dia dan part ini ambil masa yang agak lama. Kadang-kadang almost 1- 2minutes! Alasannya tak kemas, senget dan seumpamanya?

4. Papa Aqila akan tenyeh mulut anak dia sampai merah (kalau anak makan makanan dan comot) untuk bersihkan muka anak dia.Kesian tak budak tu? Dan dia tak kira kalau anak comot sikit (walaupun di shopping mall) dia akan jerit suruh kita bersihkan anak tu dan dia kalut mencari wet tissue. Bayangkan kalau dia bersihkan anak selepas tuttt... 2 3 kali dia bilas dengan air sabun.

5. Buat pengetahuan anda semua keadaan kebersihan kereta Papa Aqila 20 kali ganda bersih dari kereta Mama Doyee.


Ini pulak cerita Aqila si Monk

1. Aqila paling pantang kalau seluar panjang dia ke, baju labuh dia ke terlipat. Dia akan betulkan/luruskan dahulu bahagian yang terlipat selepas itu barulah dia akan teruskan aktiviti dia.

2. Lucunya, Aqila kalau langgar sesuatu benda dia akan letak balik barang tu kat tempat dia langgar benda tu. Walaupun benda tu tak sepaptutnya di situ.

3. Aqila tak akan keluar rumah tanpa memakai selipar/kasut. Never! Dia sangat penggeli orangnya.

4. Aqila akan berpeluk tubuh, atau rapatkan tangan dia rapat-rapat kebadan kalau masuk ke tandas awam. Dia takut tersentuh bahagian dinding atau pintu tandas.


Hai... saje je teringat pasal 2 insan tersayang ni. Mama Doyee pulak jenis tak kisah. Tapi bukanlah tahap pengotor.

1 comment:

Anonymous said...

Mama Doyee seronoknya baca cerita bahagia, Aqila sekeluarga. Si Monk? Baguslah jadi si Monk, kelak ibunya tak perlu risau jaga dia, dia akan jaga ibu and lebih strict rule dia buat haha.