Friday, May 8, 2009

Hot Ballon Fiesta & Disney on Ice Concert.

Temenung jap. Kalaulah boleh naik belon tu kan best.


Panas ooo... Tolongla lain kali jangan bagi baju macam ni kalau nak tengok belon panas ni. Nama pun dah belon panas. Aku kan, kalau panas tambah mengantuk ,ni mood memang spoil punyalah.


Korang syoklah tengok belon tu, seksa aku korang tak tau. Panas tau tak!

Cerita lain plak. Kakak tengah syok tengok souvenir untuk Disney on ice concert. Dia pegi ari tu dengan papa.




Aqila paling suka Ariel. Sayang gambar tak banyak sebab papa tak bawa kamera dia. (Dia ingat tak boleh bawak kamera besar, pakaila mama punya. ) Apalah nasib. Gambar pun tak elok sangat. Rugi sebab bukan selalu boleh tengok.



Ariel on stage.







Snow white and Prince charming.





Aladdin & Jasmine.



Alladin & Gang.


Dah jarang sangat update blog ni. Sorry sesangat kat semua follower. Untuk Abby tulah gambar Aqif yang tebaru. Ada lagi yang baru, aku malas nak update nanti-nanti lah no. Slow sangat masa nak upload gambar tu. Menyampah aku.

Tuesday, December 2, 2008

Happy Birthday Aqila

Happy Birthday kakak. Yea.. kakak dah 4 tahun dah. Besar dah anak mama.



Tahun ni kek kakak temanya Hannah Montanna. Hebat tak anak mama dia ni pilih kek?



Tersenyum gumbira kakak . Semoga panjang umur, berjaya dalam segala hendaknya. Amin.

Monday, October 20, 2008

Aqila & Mama

Cerita 1:

Di suatu malam yang indah. Mama ajak aqila tido sebab esok Aqila ada ujian untuk semester akhir.

Aqila minum susu habis 1 botol.

Aqila: Mama, nak lagi.

Mama: Dahlah tu. Banyak dah Aqila minum.

Aqila: Aa.. nak lagi. Aqila haus lagi ni.

Mama: Banyak dah minum haus lagi? Nanti buat lain tak habis membazir. Tak elok membazir tau, nanti Tuhan marah.

Aqila: Mama tak kesian ke tengok Aqila haus lagi ni? Sedih Aqila tau.

(Sambil buat muka sedih dan berlakon macam kebulur sangat)

Mama: Ha.. pegilah turun, suruh kakak Sari buat susu.

Ermm... tengok bahasa dia. Budak sekarang.


Cerita 2:

Mama ajak Aqila pegi MC D. Selalu dia suka cheese burger dengan Apple Pie. Tapi kali ni dia minta belikan apple pie sahaja. Sampai dirumah mama Doyee makanlah burger yang Mama Doyee beli untuk diri sendiri.

Aqila: Mama, mana burger Aqila?

Mama: Eh! Tadi Aqila tak cakap pun nak burger. Aqila cakap nak Apple pie je?

(Sambil muka cebik, nak nagislah tu, terus dia cakap...

Aqila: Mama tak beli burger untuk Aqila, kesian Aqila ni. Sedih Aqila. Mama beli untuk mama je.

Mama:??@@#!!!

Thursday, October 9, 2008

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.


"Baik mama". Sayang anak mama.




"Aqif mesti dengar cakap mama tau".











Cak! Sayela Si Aqif yang mumuk!


Ei... sapa tu??...


Selamat Hari Raya dari Mama Doyee dan keluarga.

Friday, August 1, 2008

Happy Birthday 'AQIF QAISAR FITRI'

Akhirnya Mama Doyee berjaya jugak meng 'upload' gambar bersejarah ni. Maklumlah dah lama tak jenguk blog ni.

Baby Aqif selamat dilahirkan pada 11 July 2008. Alhamdullilah semuanya selamat, malah kali ni proses kelahiran lagi cepat dan Mama Doyee tak lama sangat menahan sakit. Mungkin sebab 2nd baby dan betul jangkaan Dr dia risau Mama Doyee tak 'dan' nak sampai hospital sebab tu dia cadangkan Mama Doyee di 'induce' pada 10/7/08.

Pada 9/7/08 dapat call daripada Klinik Datuk Dr Aziz pembantu Dr cakap kena change the date of delivery kepada 11/7/08 sebab Dr ada Urgent Case pada 10/7/08.

Sebenarnya pada 9/7/08 Mama Doyee dah dapat 'False Alarm' rasa sikit sakit dan ada keluar tanda tapi bukan darah. Tengah malam buta Mama & Papa pegi hospital. Nurse cakap belum lagi. Mungkin sebab Mama Doyee nervous kot dipaksa besalin dan siang harinya sempat teman parent Mama Doyee shopping kat Sogo. Boleh tak?...

Memang pun kalau ikut due Mama Doyee pada 20 July 2008. Tapi Dr suggest untuk induce Mama Doyee awal sebab pada 4/7/08 masa buat check up pintu rahim dah terbuka 2cm. Tapi Mama Doyee tak rasa sakit pun.

Dr cakap, sebaiknya Mama Doyee melahirkan awal sebb baby pun dah ready (matang sepenuhnya) dan dengan situasi Mama Doyee yang bersalin cepat (merujuk kepada case kakak sebelumnya. Even first baby Mama Doyee sakit bersalin dalam sejam sahaja).

Dr juga cakap rumah yang jauh jugak factornya. Risau jugak ye bersalin dalam kereta. Mau masa jalan tengah jam, eii seriau jugak di buatnya. Papa dah ready awal-awal baca tip macam mana nak handle situation kalau wife bersalin dalam kereta or rumah. Boleh tak?

Sebenarnya Mama Doyee tak confident sangat dengan cadangan Dr pada mulanya. Yelah gila apa tak ada rasa nak bersalin, baby tak sedia nak keluar dah paksa dia keluar. Mama Doyee bertanya merata2 klinik tepi rumah pun Mama Doyee pegi tanya. Ramai yang cakap ok, dan ramai yang cakap boleh jer.

Tapi ada juga kesannya. Kalau baby stress tak mau keluar maka kena c-section. Eii.. tu yang tak sanggup tu. Mama Doyee ni penakut.Maunya meraung kat operation room tu. Takut sangat. Siap pesan Dr awal2 seandainya ditakdirnya baby tak dapat keluar normal, Mama minta kat Dr untuk dibius tanpa sedar. Tak mau separuh2. Tak sanggup you. Tengok gunting dia, pisau dia, lampu dia, (pengaruh TV la ni).

Selebihnya biarlah gambar bercerita. Minta maaf si blogger amatur ni tak reti susun gambau ha. Tengok dari bawah ke atas ye . Terima kasih.



Kakak Happy dapat adik baru. Alhamdulliah dia tak jealous sangat. Tapi ada angin dia jugak.

Inilah dia 'baby hensem Mama Doyee'. Aqif Qaisar Fitri namanya. Fitri tu saje papa dia letak. Nanti boleh letak nama glamer 'Ahfit Jr' katanya. Mana-mana la papa.


First bonding with adik. Lahir2 jer nurse suruh adik breast feed. Gleneagle Hospital menggalakan penyusuan ibu. Kalau baby terpaksa dihantar ke nursery, sampai waktu untuk feeding baby akan di hantar ke mamanya untuk breast feed. Mama Doyee menyokong penuh kempen ni. Kakak Aqila bercerai susu masa umur 2 tahun. Itupun dipaksa. Kesian kakak.


Adik menangis kuat. Kesian dia. Tengok sekitar terang jer kot. Ingat senang nak adapt dari alam yang sempit dan gelap kepada dunia yang luas dan terang. Inilah dia anugerah Tuhan.



Datuk Dr Aziz: Eh esuk masuk paper ke ni. Sakan je amik gambar.
Papa: He..he.. (Papa pakai segala skill dia amik gambar. Kononnya la. Dengan Camera Canon EOS 40D dia dan eksesori pelbagai sakanlah . Sampai tak ingat bini tengah sakit.)
Tau Dr tengah buat apa tu? Tengah jahit luka episiotomi Mama Doyee. Boleh tak? Kekadang hairan dengan Dr ni semua Dr lah macam ni. Kita separuh mati rasanya mereka masih boleh cool dan muka macam tak ada perasan. Yelah kalau aku jerit, Dr pun jerit lain lah jadinya. Ye tak. Apalah Mama Doyee mengarut ni. Tenguk tu masih boleh senyum lagi. Bagi kekawan yang ready untuk ada baby or tengah cari mana Dr yang bagus, Mama Doyee suggest Dr Aziz. Bagi Mama Doyee he is the best. (Mati aku promote Dr kat my blog. Jangan salah sangka ye, tak ada share pun dengan Dr ni.) But, it is true, dia memang Dr yang baik.


Nurse tengah bersihkan adik. Adik jerit kuat sangat. Tapi itu petanda yang bagus.




Tadaa... Ada sensor ya. Abaikan Aqif punya tuttt... tu. Takkan tu pun nak komen jugak ke? Sekejap jer dah keluar. Senang sangat bersalinkan adik ni. Dr induce pukul 7.30 pagi, Mama Doyee start heavy contraction dalam pukul 9.30 am dan adik lahir pukul 10.13am. Cepatkan. Sebab tu Dr cakap Mama Doyee ni express. Nasib baik ikut cakap Dr. Kalau tak, sah Mama Doyee kalau tak beranak dalam kereta, dalam jamban kot.




Tengah sakit ni. Jangan memain. Mama Doyee amik gas entonok dan suntikan Pethidine untuk legakan sakit. Tapi untuk makluman puan-puan sakitnya still terasa. Cuma membantu untuk relief rasa sakit tu sekejap jer. Amik gas ni buat Mama Doyee mengantuk . Saborla...






Jam kat atas pukul 9.10am. Tengah menahan sakit. Kesian Mama.




Dr start induce pukul 7.30 am.

Nurse: U tau tak, patient kat sebelah tu dah buka 9cm tapi tak beranak lagi. Dia amik epidural.
Mama: Sebab tu lah i tak mau ambil. Macam mana nak keluar dah kita tak rasa sakit.
Nurse: Eii.. i takut tau kena c-section. I tengok pun dah tau mesti sakit.
Mama: U jangan takutkan i. U tau tak i ni kena paksa beranak. Stress baby i ni nanti tak boleh keluar i pun kena ceaser . I pun takut tau.
Nurse: He..he...
Kebetulan nurse yang banyak membantu Mama Doyee ni tengah mengandung 7 bulan 2nd baby jugak. Kesian jugak tengok dia, dalam sarat macam tu kena tergopoh-gopoh bantu Dr.


Awal pagi Mama Doyee dan Papa dah sampai hospital. Appoinment dengan Dr pukul 7.00 am. Dr sampai pukul 7.30am.

Dr: Nak ambil epidural tak?

Mama Doyee: Tak nak Dr. Dulu pun tak ambil. Saya plan untuk ambil gas and suntikan tahan sakit je.

Dr: Ok

Tuesday, April 1, 2008

Home Sweet Home


Aqila memang suka main kat luar petang-petang. Bila kawan dah nak balik mula lah dia nangis tak bagi kawan tu balik.

Cerita pasal rumah ni petang tadi Papa call tukang repair bumbung untuk baiki bumbung rumah yang dah bocor tu. Tak sampai 2 tahun dok kat rumah ni dah bocor bumbung atas bilik tidur Aqila pulak tu. Bumbung tu memang bermasalah since pindah lagi. Ada ke patut tak pindah lagi bumbung dah bocor. Geramnya.

Nak di jadikan cerita Papa pegi lah call number phone dia dapat kat kertas kecil-kecil yang selalu orang dok selit kat pagar rumah tu. Janji petang ni sampai. Papa balik awal kami pegi ke pasar malam dulu.

Tetiba dapat call dari tukang rumah kata dia dah sampai kat depan rumah. Memandangkan kami tak ada kat rumah yang ada pun my maid tapi Papa suruh jugaklah mereka tengok-tengokkan part yang bocor. Lepas tu sekali lagi orang tu call dia kata kalau nak repair dia charges RM 2000.00 sebab nak ganti bumbung baru. Terkejut beruklah juga kami, Papa cakap tak jadi. Nak tau tak orang tu cakap apa?...

'Service charges RM 50"

"Tadi masa i call u punya off tak cakap pun ada service charges?! Papa

"Tada,tada u kena bayar jugak."

Dengan tak sempat beli makan nya kami pun balik la cepat-cepat. Suara tukang repair rumah tu pun dah macam Ah Long. Sampai depan rumah Mama Doyee first sekali tengok van buruk yang parking depan rumah tu. Bukan nak mengata apa, scary siut dia punya van, warna hitam, kotor penuh dengan sampah sarap. Lagi menakutkan rupa tukang repair tu. Sorang tua , sorang muda. Yang tua tu dengan dunia dia, muka masam yang muda tu dengan rambut punk dia colour macam bulu kucing kena cat kuning terang dengan muka ganas dia.

"Sapa call saya tadi? Lu ka?" Papa.

"Ha saya. Lu kena buat itu bumbung... bla...bla..."

" Apa pasal mahal sangat? Lepas tu ada service charges pulak? Tadi masa saya call u punya off tak cakap pun?" Papa

"Ini check punye barang mesti ada charges punye. Saya dah panjat bumbung rumah dah!"

Wah memang cara dia cakap betul-betul macam samseng.

Mama Doyee apa lagi.. cepat-cepat ajak anak masuk rumah. Nak dijadikan cerita pulak, si tua tu pulak masuk rumah naik atas nak amik balik tangga dia.


Tiba-tiba dia angkat HP dia , masih lagi kat tingkat atas rumah Mama Doyee...


" I tak tau! Itu u punya masalah! Saya banyak kereja ni. Saya peduli apa!"

Terkejut beruk Mama Doyee dah lah terjerit-jerit dalam rumah aku. Kurang ajar punya orang. Teringin nak jerit kat dia " Berambus dari rumah aku!" Takut siut kot dia datang senyap2 nanti ha buat apa-apa benda tak elok tak ke naya jadinya.

Mama Doyee bersabar. Papa still kat luar sembang apa entah. Geram pun ada. Halau lah orang tu cepat2 nak sembang apa lagi? Last2 si tua tu turun dengan muka masam dia. Dia ingat dia sapa? Mama Doyee sambil2 tu jeling jugak kat tingkat atas, manalah tau kan?

Sempat call Papa suruh dia bayar je service charges tu dan suruh diaorang blah.

"La.. ingat tak nak bayar tadi, RM 50 tu mama" Papa

"Biarlah papa, Mama takut tengok mereka tu macam samseng! Tak kisah dia charges berapa janji keja elok dan berbaloi. Tapi perangai mereka tu memang Mama tak boleh terima. Dah lah tinggal maid dengan anak kat rumah nanti. Biarlah kita cari yang betul-betul wujud office dia, lantaklah charges lagi mahal janji orang baik baik" Mama.

Betul... keja u buat rumah tapi perangai u mengalahkan Ah Long. Hei please lah aku tak berhutang dengan u lagi pun. Dah lah menipu ada service charges konon. Kalau bab duit ni tak taulah kami memang selalu tertipu. Benci betul.

Ha.. maid aku lagi hebat dia siap mengaku lagi dia bukak pintu belakang 'stand by' nak lari. Dia kata dia takut sangat masa dia dengar tukang rumah tu bercakap dengan Papa dalam telefon. Masa tu kami di pasar malam lagi dan my maid sorang-sorang kat rumah. Ermm aku pun kalau macam dia pun jadi macam tu. Lantak lah dia nak curi, ke rompak ke janji aku selamat. Nasib baik Aqila ikut sekali ke pasar malam. Selalu dia tak nak ikut.

Pengajarannya tuan-tuan dan puan-puan, janganlah percaya dengan offer kat business card yang terselit di celah-celah pagar rumah anda. Takut terjadi macam kes Mama Doyee ni naya. Pergilah jumpa tukang rumah yang bertauliah dan betul-betul wujud/ada office. Senang apa-apa benda tak betul kita tau nak refer balik kat mana. Ini tidak apa-apa jadi, keja tak elok , kalau kita complain mau kepala kena pancung ooo.... Duit pulak dah terbang! Sedih hilang macam tu jer RM 50. Bagi kan Mama buat belanja makan kan lagi elok.

Sunday, March 30, 2008

Aqila naik Poney



Dah lama sangat menunggu saat ni. Rasa macam tunggu bulan jatuh ke riba. Akhirnya Mama Doyee dapat early Birthday present dari papa tahun ni. Mama dapat note book dari Papa. Alhamdullilah, murah rezeki Papa. Tau tak orang tu belikan notebook ni untuk buat business tapi inilah business Mama Doyee, sibuk ler nampaknya berblogging lepas ni.

Oh cerita Aqila kat atas tu ye, masa pegi bercuti di Terengganu minggu lepas. Dia sebenarnya jenis budak yang penakut. Takut air, takut main kat tempat ramai budak-budak, except naik Poney ni. Dari kecil kalau tak silap 1st time dia naik umur 2 tahun dia memang tak takut. Seronok sangat. Masalahnya pantang nampak 'menatang' ni, mulalah nak naik. Sampaikan 'riding horse' jenama Osim tu pun dia ketagih nak naik. Tak kuasa mak.

Dah pukul 10 mlm dah. Hari ni ahad, kena bawak Aqila masuk tido sebab esok kena gi sekolah. Akan banyak picture yang menyusul dan perubahan blog Mama Doyee lepas ni. Yang kat atas tu hasil daripada tunjuk ajar Papa (kalau dah orang tua tu ajar, kena makilah Mama Doyee. Tak pelah.. esok aku dah terror tengoklah nanti...) Terima kasih Papa atas semuanya, kasih sayang, perhatian dan segala apa yang Papa sediakan, limpahkan selama ni. Ha ... Mama Doyee over romantik plak ni.

Tunggu ya... next post kite.